PENDAKWAH bebas, Don Daniyal Don Biyajid atau popular dengan gelaran Ustaz Don berkongsi pengalaman bertugas sebagai kru penghantar makanan.

“Alhamdulillah. Tugasan semalam. Pengalaman pertama jadi Food Rider.

“Memang penat dan pengalaman menyeronokkan. Saya belajar banyak benda,” tulisnya di laman sosial Instagram rasmi milik beliau @ddaniyaldbiyajid, Ahad lalu.

Dalam pada itu, menerusi posting yang mendapat 31,481 jumlah likes dan lebih 300 komen tersebut Ustaz Don mengambil peluang menitipkan pesanan kepada kumpulan rider di luar sana.

Menurut beliau, kepada abang-abang rider sentiasa membaca doa naik kenderaan dan berdoa mohon dijauhkan musibah semoga selamat daripada sebarang kecelakaan sepanjang bertugas.

ustaz don
USTAZ Don menasihatkan kumpulan rider membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan sentiasa berhati-hati di jalan raya. 

“Berhati-hati di jalan raya, hormati pengguna jalan raya yang lain termasuk menghormati undang-undang jalan raya.

“Kerja ini memang susah. Banyakkan bersabar dengan kerenah pelanggan dan solat jangan tinggal,” katanya yang juga menasihatkan agar selalu berdoa meminta kepada ALLAH supaya diberikan kesabaran tinggi.

Pada masa sama, berdoa mendapat pelanggan yang baik-baik.

ustaz don
AKSI Ustaz Don yang tidak melepaskan peluang menimba pengalaman sebagai kru penghantar makanan baru-baru ini.

Menariknya, selain kumpulan rider, Ustaz Don tidak ketinggalan menasihati golongan pelanggan.

Antara pesanan beliau kepada pembeli:
– Saling hormat-menghormati dan ucap terima kasih kepada abang-abang rider.
– Tempah makanan sebelum lapar supaya sekiranya rider terlambat mood masih okey. Tempahan last minute akan menyebabkan kemarahan apabila makanan lambat tiba.
– Ada rezeki lebih, bagi tip. Kasihani mereka yang berhujan panas demi pembeli.
– Bersangka baik dan selalu mendoakan kumpulan rider agar selamat sampai menghantar makanan yang ditempah.

“Wallahua’lam. Terima kasih support kami di @smoked_kingdom_by_dondaniyal.”

ustaz don
RESTORAN Smoked Kingdom milik beliau menerapkan konsep fusion kombinasi masakan Barat dan Asia

Artikel berkaitanSelain Smoked Kingdom Milik Ustaz Don, Ada 3 Lagi Port Wajib Terjah Buat Peminat Daging Salai

Secara ringkas, restoran Smoked Kingdom yang terletak di Ayer 8, Putrajaya menerapkan konsep fusion iaitu gabungan antara masakan Barat dan Asia

Restoran milik Ustaz Don itu terletak berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan berhadapan dengan sebuah tasik yang besar.

ustaz don
ANTARA sajia yang ditawarkan di restoran Smoked Kingdom, Ayer 8, Putrajaya

Sumber: @ddaniyaldbiyajid dan @smoked_kingdom_by_dondaniyal

 

Iklan

 

 

 

 

 

Iklan