[VIDEO] 3 tahun berpisah, wanita tak sangka bekas suami masih ingat butiran peribadi

A
A
A

PROGRAM vaksinasi sedang rancak dijalankan di seluruh negara yang mana lebih 14 juta rakyat Malaysia sudah menerima satu dan dua dos vaksin Covid-19.

Setiap individu yang mendaftar perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebaik sahaja slot janji temu diperoleh menerusi aplikasi MySejahtera.

Jika memerlukan sebarang bantuan di PPV usah bimbang kerana selain petugas perubatan dan anggota keselamatan terdapat ramai sukarelawan bersedia memberikan kerjasama bagi melicinkan proses vaksinasi.

Menyentuh mengenai PPV, baru-baru ini tular sebuah video seorang wanita dikenali Alia Nur Shafira yang secara tidak sengaja bertemu dengan bekas suaminya bertugas sebagai sukarelawan di sebuah PPV.

Difahamkan, beliau dan bekas suami sudah berpisah selama tiga tahun.

Bagaimanapun, inti pati video itu membuatkan warganet terharu apabila mereka berdua masih mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.

Tambahan pula melihat bekas suami mengingati butiran lengkap wanita terbabit ketika membantu mengisi borang di kaunter.

Kata warga maya:

- “Bila dah jadi parents (yang baik), dia orang akan fikir keutamaan anak. Itu sebab dia orang tak keruhkan keadaan. Bagus la jadi matang.”

- “Sebak tengok. Bercerai tak semestinya tak boleh bertegur,bergurau. Kadang-kadang boleh jadi kawan baik.”

- “How can someone still layan and siap gurau with ex husband. I wonder how…”

- “Sumpah saya tengah sedih nangis broken.”

- “Saya ingat IC dan phone number wife saya semua. Tapi wife saya phone number saya pun tak ingat. So ada je lelaki yang lebih tahu segalanya dari wanita. Haa gitu.”

Bagi pasangan bercerai sebaik-baiknya kita berusaha mengekalkan hubungan baik atas tiket persahabatan, apatah lagi korang yang memiliki cahaya mata bersama.

Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmah. Jodoh, ajal, rezeki dan pertemuan semuanya telah ditentukan ALLAH.

Baca juga Dah Bercerai Bukan Lesen Aibkan Pasangan, Tanggungjawab Wajib Dilaksanakan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca