AIR merupakan elemen yang menenangkan. Ia membantu menyuntik emosi relaks, meningkatkan fokus dan mengurangkan stres.

Pada masa sama, aktiviti tersebut berupaya menstabilkan perasaan dan panik dialami.

Bercakap tentang berenang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kita semua sedia maklum bahawa aktiviti berenang di kolam atau pantai awam adalah tidak dibenarkan.

Tapi, berlainan pula cara dilakukan seorang lelaki apabila video berdurasi 13 saat memaparkan aksinya berenang di dalam parit di sebuah kebun tular baru-baru ini.

Video terbabit telah mendapat sebanyak 2.2 juta jumlah tontonan di laman sosial Tik Tok dalam masa 24 jam.

Pengguna TikTok dikenali sebagai @pecah_pale berkongsi suasana di sebuah kebun yang mempunyai sebatang parit kecil.

Menariknya air di dalam parit itu sangat jernih bagaikan kolam renang!

Gambar hiasan.

Netizen turut terpukau dan sama sekali tidak menyangka kejernihan air itu datangnya dari sebatang parit di kampung.

Difahamkan, parit berkenaan terletak di sebuah kebun di Bagan Datuk, Perak. Kata pemilik akaun TikTok dia hanya bekerja di situ.

Katanya, air parit kelihatan jernih kerana kawasan itu baru sahaja dibersihkan untuk proses penanaman semula.

Disebabkan terlalu bersih, maka selepas bekerja masing-masing bertindak terjun ke dalam parit berkenaan dan berenang.’

Baca juga [VIDEO] Hanya Bermodalkan Selipar, Video Kos Murah Ini Raih 55 Juta Tontonan

Mengintai ruangan komen, rata-rata warga maya tertarik akan kejernihan air parit tersebut. Malah, ada berseloroh ia umpama longkang di Jepun yang jernih dan bebas daripada sampah.

-”Aku yakin bukan kat Malaysia. Ni kat Jepun, Jepun je ada air bersih macam ni.

Iklan

– ”Jernihnya air, bersih pula tu.”

– ”Jernihnya air. Kenapa parit di kampung saya tak macam ni. Penuh dengan kangkung.”

– ”Air macam kat Sunway Lagoon.”

Iklan

– ”Jernihnya air, macam waterpark.”

@pecah_paleBerpkp takleh nak keluar gi sunway…tapi Kebun boleh @mantaptokdalang69 ##fypシ ##basah ##myfoodie

♬ original sound – Felix Cgbr

Sumber: TikTok @pecah_pale