[VIDEO] Gadis 'gila' makan pedas dakwa punca dirinya dapat cyst, kanser ovari

ONLINE (1)
ONLINE (1)
A
A
A

PASTINYA, ramai pembaca di luar sana sangat sukakan makanan pedas.

Lebih-lebih lagi, ada sesetengah menu yang menawarkan tahap kepedasan yang diinginkan. Contoh kurang pedas, pedas, sangat pedas atau terlalu pedas.

Ramai cakap, makanan yang pedas lebih mencabar dan nikmat untuk dimakan.

Namun, pengambilan makanan pedas berunsurkan cili yang kerap dan keterlaluan dikhuatiri mampu memberikan kesan buruk kepada sistem penghadaman.

Lebih membimbangkan, sudah banyak berita buruk mengenai orang 'hantu pedas' dihebahkan.

Baru-baru ini, seorang gadis menerusi muat naik dalam TikTok@mrshya telah berkongsi sebuah video yang menceritakan impak terlalu gemar makan makanan pedas, beliau disahkan mempunyai kanser ovari dan cyst.

Pun demikian, tinjauan di ruangan komen mendapati, beberapa pengguna media sosial itu mengatakan bahawa kemelut itu bukanlah berpunca daripada makanan pedas semata-mata.

Sebaliknya disebabkan oleh pengambilan makanan segera (fast food) tanpa kawalan.

@mrshyaujian daripada Allah ☺?. ##fyp##viral##fypシ##cyst♬ original sound - Sam Arrow

Daripada ratusan komen, SinarPlus tertarik dengan satu ulasan dan ia secara kebetulan turut mendapat perhatian seorang pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris atau dikenali sebagai Syaza Nutritonist.

Tulisnya di ruangan komen: "Maaf ia bukan soal pedas, tetapi lebih kepada fast food atau makanan terproses serta makanan yang tingkatkan keradangan punca kepada dilema kesihatan itu."

Syaza Lyana juga turut mendoakan agar gadis itu cepat sembuh dan sempat berpesan untuk lebihkan makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi.

Syaza Lyana.

Dalam pada itu, gadis berkenaan memberitahu beliau berkongsi perkara tersebut sebagai pengajaran agar orang ramai tidak keterlaluan makan makanan yang pedas.

"Sebenarnya, kanser dan cyst itu berpunca daripada dirinya yang mempunyai masalah darah rendah dan gastrik," katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca