BANJIR yang melanda negara kita baru-baru ini amat menyayat hati.

Bukan sahaja negeri di Pantai Timur yang terjejas, Lembah Klang turut menjadi lumpuh dek bah yang besar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pelbagai kisah mangsa banjir dikongsikan di media sosial dan menjadi perhatian ramai.

Ada yang terperangkap dalam banjir setinggi bumbung rumah berjam-jam lamanya sehingga terpaksa memecahkan siling naik ke bumbung, ada yang berlapar hampir 48 jam dan sebagainya.

Begitu juga dengan sebuah video yang tular detik cemas seorang wanita yang bersalin ketika rumah ditenggelami air pada aras leher.

bayi

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @tutynoormalina, ia memaparkan saat mencemaskan itu ketika dirinya dan keluarga membantu wanita tersebut.

Iklan

Jelas kedengaran suara bayi menangis beserta jeritan wanita meminta bantuan.

Kelihatan juga seorang lelaki memanjat tembok dan meredah banjir yang dalam bagi membantu wanita berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun ibu terbabit dikhabarkan selamat melahirkan bayi dalam keadaan banjir yang dalam itu.

Video berkenaan mendapat mencuri perhatian ramai dan rata-rata mereka amat berasa sayu dan sedih mendengar suara jeritan dalam video berkenaan.

Ujar mereka;

“Sedihnya hati dengar jeritan ibu dan bayi. ALLAH maha besar bantu kita semua.”

“Sayunya! Lain orang lain dugaan yang ALLAH berikan.”

“Allahuakbar, kesiannya dengar bayi dan ibu menangis…moga dipermudahkan urusan.”

Baca juga Kemalangan maut 9 beranak: Suami diserap kakitangan tetap, anak tidak terlibat nahas ditaja pendidikan

“Ada dengar juga ibu bersalin masa banjir. ALLAH, semoga ibu dan bayi selamat.”

“Ya ALLAH kau selamatkanlah mereka semua, hanya kepada-Mu kami berserah.”

@tutynoormalinaTik tok dah reived video yg tadi! Sorry guys! Tq atas doa kalian! ##fyp ##foryourpage

♬ original sound – tutynoormalina