[VIDEO] Kanak-kanak 4 tahun menangis kegembiraan sambut kelahiran adik undang sebak warga maya
Kanak-kanak 4 tahun menangis kegembiraan sambut kelahiran adik undang sebak warga maya
BUAT pasangan yang sudah bernikah, sudah tentu mereka mengimpikan kehidupan rumah tangga dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata.
Namun, mak ayah perlu ingat satu perkara, kelahiran zuriat kedua mungkin menimbulkan rasa cemburu si anak sulung terhadap si adik.
Masakan tidak, setelah bertahun-tahun kehidupannya dengan ibu bapa, tiba-tiba ada ‘orang baharu’ muncul, sudah tentu keadaan itu membuatkan mereka terkejut.
Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak menunjukkan sikap sedemikian, ada juga yang hatinya lembut dan terbuka menerima kelahiran si adik.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tergamam dan mengalirkan air mata apabila melihat ibunya mendukung seorang bayi perempuan.
View this post on Instagram
Rakaman berdurasi lebih satu minit itu telah dimuat naik di laman sosial, TikTok oleh pengguna @HaziqDSubhi.
Rakaman itu memaparkan anaknya mengesat air mata dan mencium dahi bayi yang baru lahir itu.
Menurut Haziq, itulah detik awal pertemuan di antara abang dan adik.
Lebih tersentuh, apabila keletah adik itu memeluk ayahnya lalu mengucapkan terima kasih telah mengundang rasa bangga warga maya kerana menunjukkan sikap yang begitu penyayang.
Berikut antara luah-luahan warga maya yang dikongsi menerusi TikTok Haziq:
“Lembutnya hati dia, comel je.”
“Kepada kawan-kawan si abang dan bakal isteri, dia merupakan seorang yang berhati lembut dan bakal menjadi orang yang sangat baik. Dia pun nampak begitu tersentuh sebab ada adik.”
“Sekarang saya tengah mengandung anak kedua. Jarak dengan anak sulung 12 tahun. Semoga dia sayang adik dia macam ini.”
“Saya yakin dia akan jadi abang yang sangat baik.”
“Comelnya abang, semoga menjadi abang yang terbaik untuk adik ya.”
“ALLAH, bijaknya abang, bagus mak ayah didik anak.”
“Adik bertuah dapat abang macam ni. Saya menangis tengok reaksi dia.”
“Lembutnya hati si abang, semoga dia jaga adik sebaik mungkin.”
Dalam pada itu, SinarPlus merujuk laman web Today’s Parent berkenaan tip-tip yang boleh ibu bapa amalkan sebagai panduan menjaga perasaan anak pertama untuk kelahiran bayi seterusnya, antaranya:
i) Suami perlu membantu isteri mengurus anak pertama
- Kelahiran anak kedua akan membuatkan si ibu sibuk mengurus si kecil dan terpaksa memberi perhatian yang lebih.
- Oleh yang demikian, untuk mengelakkan anak sulung berasa sunyi atau sedih, si ayah perlu meluangkan masa dengan bermain bersama mereka.
ii) Mengadakan sesi khas bersama anak
- Mak ayah perlu lakukan sesi itu bersama anak-anak sebelum dan selepas kelahiran anak kedua.
- Ia bertujuan untuk membuatkan anak berasa mereka masih mempunyai masa bersama ibu bapa walaupun ada adik beradik lain.
iii) Pastikan anak-anak ada rutin tidur yang tetap
- Ibu bapa tidak seharusnya mengubah waktu tidur anak-anak selepas kelahiran anak yang lain. Perkara itu akan membuatkan si kecil meragam.
- Sekiranya rutin tidur mereka ingin diubah, mak ayah disarankan untuk melakukan perubahan itu, lakukannya beberapa bulan sebelum kelahiran.
Memiliki anak yang ramai sememangnya menjadi impian semua pasangan, namun mak ayah tidak seharusnya mengabaikan perasaan anak-anak.
Sekiranya anda sudah merancang untuk memiliki anak seterusnya, pastikan zuriat sulung sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal tentang perubahan corak kehidupan masa akan datang.
Baca juga: [VIDEO] Anak minat lori sampah, ‘excited’ jumpa ‘driver’ siap bergambar
Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang