'Hebat cakap Arab.' Neelofa dedah wajah Bilal tanpa sticker, ramai tertawan dengan kecomelan
PERSONALITI terkenal Neelofa akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya Muhammad Bilal kepada umum tanpa berselindung di sebalik sticker.
Menerusi sebuah video tular, pempengaruh berusia 37 tahun itu membimbing Bilal membaca al-Fatihah sebelum wajah si kecil itu jelas kelihatan.
Video berdurasi satu minit 35 saat itu mencetus keterujaan dalam kalangan peminat kerana selalunya wajah Bilal tidak akan didedahkan dan ditutup dengan 'sticker' demi menjaga privasi anaknya.

Difahamkan, video berkenaan dirakamkan pada tahun 2024 ketika Bilal berusia dua tahun.
Menjengah ke ruangan komen video promosi makanan berasaskan kambing perap tersebut, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja.

Ujar mereka:
"Ini masa Bilal kecil, sekarang sudah besar dan pandai baca al-Quran. Comel."
"Hebat cakap Arab."
"Comelnya Bilal."
"Walaupun ini video lama dan Bilal kecil lagi, dia tetap comel."
Terdahulu, Neelofa pernah mendedahkan wajah Bilal ketika bayi selepas wajah anaknya disunting individu tidak bertanggungjawab.
Sekadar info, Neelofa dan suaminya, PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
