[VIDEO] Untungnya! Raja sehari dirai PPV, dapat pakej lengkap bersanding, iringan lagu dan pengacara majlis lagi

A
A
A

TARIKH janji temu untuk mendapatkan vaksin kini sudah menjadi salah satu kepentingan kepada semua orang.

Kadang-kadang tarikh yang diberikan 'terkena' pula pada hari penting kita.

Antara seperti hari jadi, hari dipanggil temu duga, hari pertunangan dan mungkin juga hari pernikahan.

Baru-baru ini, sepasang pengantin mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pontian, Johor selepas mereka disatukan demi untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.

Melalui beberapa perkongsian video yang tular di TikTok, kelihatan seorang pengantin sedang menunggu giliran di PPV tersebut.

Tidak lama selepas itu, suaminya pula mengiringi langkah ke tempat yang sama.

Teruja melihat mempelai itu yang hadir dengan sepersalinan pengantin sedondon berwarna putih, para petugas tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan itu sahaja, mereka juga turut dipelawa bersanding di PPV tersebut bersama iringan lagu dan pengacara majlis.

@girl__violetyeahhh...nantikan part 2?.. #pe#gantinVaksin# #pp#vPontian#

♬ Selamat Pengantin Baru - Zaleha Hamid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja meraikan pasangan tersebut dan tumpang gembira menyaksikan rakaman video berkenaan.

Pada masa sama, ramai yang meluahkan rasa rindu dengan suasana kenduri kahwin sebenar.

Jadi, buat orang ramai yang masih belum mendapat tarikh janji temu untuk menerima suntikan vaksin, pastikan anda sentiasa menyemak status terkini di aplikasi MySejahtera.

Bagi mereka yang diberi kelebihan untuk walk-in seperti warga emas dan ibu mengandung pula, segeralah hadir ke PPV berdekatan untuk melengkapkan vaksinasi anda.

Baca juga Melaram sedondon dan berbaju kelawar, gelagat penerima vaksin di PPV raih perhatian warganet

Semoga negara kita segera capai imuniti kelompok bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca