WAH! Kembar tiga. Bukan biasa-biasakan? Memang patut mana-mana ibu pening kepala. Bukan apa, biasanya layan seorang, tetapi kali ini tiga orang sekali gus.

Betullah orang kata, selepas lahirnya anak, maka hilanglah nikmat tidur dan rehat ibu bapa. Pelbagai karenah dan ragam terpaksa dilayan terutama waktu nak tidurkan atau ketika menyusukan.

Apatah lagi jika dikurniakan anak kembar seperti pasangan suami isteri yang tular di laman TikTok baru-baru ini.

Kadangkala tengah tidurkan si abang, tiba-tiba adik terjaga atau adik tengah menyusu, si abang pula terjaga dan melalak minta susu.

Baca ni: ‘Bertocang dua, sapu lip gloss tetap letop. Anak Che Ta kan.’ Gaya Aaisyah ke sekolah dipuji cantik macam barbie doll!

Ibu pun macam lipas kudung ‘bersilat’ melayan si kembar. Soal penat memang tidak dapat dielakkan, namun, sesungguhnya mereka itu adalah anugerah yang cukup istimewa kurniaan YANG MAHA ESA.

LIPAS KUDUNG

Menerusi satu hantaran dalam dalam TikTok, wanita yang dikenali sebagai Akmasyafira berkongsikan gelagat anak kembarnya.

Video yang berdurasi 32 saat antara lain menunjukkan kembar tiga berkenaan sedang tidur.

Menurutnya, mereka sekeluarga ketika itu sudah tidur apabila salah seorangnya anaknya terjaga dan menangis di tengah malam.

PURA-PURA TIDUR

Bayi yang dinamakan Nelda dikatakan akan bangun setiap malam dan menangis. Kemudian akan diikuti oleh adik-beradik kembarnya yang lain.

Iklan

“Ini Nelda, dia akan mula-mula menangis. Kemudian yang turut terjaga. Naida ikut sana Nelda menangis. Selepas semua menangis, Nelda akan pura-pura tidur,” ujar si ibu sambil mengakui tangisan bayi kembarnya serentak membuatkan beliau dan suami turut sama menangis.

Ternyata, video yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai. Pelbagai komen diberikan warga maya.

Iklan
@akmasyafira Punca mama&papa menangis malam malam 😅 #triplets ♬ original sound – Mama Triplet ❤️

Rata-rata terhibur dengan gelagat Nelda, lebih-lebih lagi pada penghujung video berkenaan, kelihatan wajah si kecil itu seolah-olah berpuas hati membuatkan kembarnya yang lain turut sama terjaga.

Macam-macam gelagatkan si kecil ini. Tidak padan masih kecil sudah pandai ‘berlakon’. Panjang akal betul ya Nelda ni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan