BENARLAH kata orang, andai kreatif dan berkebolehan, buat semua benda pun pasti menjadi.

Seperti seorang pengguna Twitter @FazzAhmad2 apabila dia memuat naik satu video berdurasi 30 saat semalam mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi video yang berkapsyen lintas langsung itu, dia bertindak seolah seorang wartawan melaporkan keadaan banjir di tempat kejadian.

Apa yang sangat mencuit hati warganet, gelagatnya membuat laporan itu berada di dalam air setinggi aras dadanya.

Video tersebut telah meraih lebih 130 ribu tontonan dan 3,100 retweets serta 3,700 likes.

Menjengah ruangan komen, rata-rata reaksi mereka terhibur dengan aksi Fazz Ahmad yang turut menyanyikan lagu rap di hujung videonya.

Iklan

Kata mereka;

@fikjahat70 – Mantap fazz bukan sahaja seorang rapper malah seorang wartawan yang merbahaya. Stay safe young rapper no1.

faiq – Laju laju air tak selaju lu punya rap bro. Memang rap fazz boleh gi lagi sobak.

Rudud Alfiel – Berbakat besar dan semangat tinggi ni.

Baca juga ‘Pembunuhan Siti Nur Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu’ – Wartawan jenayah

Iklan

Takahashi – Terbaik la young rapper no.1. Tengah banjir pun still buat lagu. Respect

mino – Passion Flexed biceps. Walau diduga banjir yang tiber macam kiyek dia, tapi Fazz tetap berkarya. What an artist.

@znraimanzkh – Mantap bro faz memang bakat semula jadi. Wartawan boleh rap pun boleh.

@muhdsuhaimi441 – Kering hati ko brader Fazz masuk dalam air deras… salut bro.