UMUM mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menamatkan pelantikannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2024.

Baru-baru ini video perkahwinan diraja baginda dan Raja Permasuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tular di laman sosial TikTok.

Istiadat gilang-gemilang berkenaan mendapat liputan media tempatan pada ketika itu.

Video asal dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu dimuat naik oleh warga maya menarik perhatian Raja Permaisuri Agong.

Baginda yang menonton video berkenaan terkenang memori istiadat perkahwinannya yang berlangsung pada Mac 1986.

“Ya ALLAH mudanya kami berdua,” titah baginda pada ruangan komen.

Dalam pada itu, bonda kepada enam cahaya mata itu sempat meninggalkan komen berdoa agar anakanda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kini berusia 28 tahun bertemu jodoh.

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Baca juga: ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’, ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

“Doakanlah semoga Tengku Hassanal bertemu jodoh dengan seorang Puteri juga, insya-ALLAH,” titahnya lagi.

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

Iklan

Untuk rekod, Tengku Hassanal merupakan putera sulung yang dinantikan selama 10 tahun.

Menerusi temu bual eksklusif media tidak lama dahulu, baginda berkongsi pernah mengalami enam kali keguguran, 16 proses rawatan kesuburan termasuk persenyawaan in vitro (IVF) serta Suntikan intrasitoplasmik sperma (ICSI) sebelum kelahiran puteranya itu.

Iklan

Baca juga: Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit rare Sindrom Werewolf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!