SAHABAT sejati! Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan seorang lelaki ini yang sanggup batalkan semua  urusan peribadi demi rakan.

Perkongsian sebuah video pendek di Instagram oleh Hafiz Mahamad  mendapat perhatian warganet apabila beliau bergegas ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita sahabatnya jatuh sakit.

Melalui perkongsian itu, beliau turut merakam perjalanannya ke sana dan keadaan terkini rakannya itu.

“Hari ini saya batalkan semua kerja dan mesyuarat dan terbang ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital.

“Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dah kerja tempat  tu, saya tahu memang dia kerja setiap hari dari jam 8 pagi  sampai 11 malam semata mata buat OT untuk dapat RM2,000 sebulan.

“Bila kesihatan dia terjejas, saya tak tau dia stroke. Dia kata dia demam dan kaki sakit. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je…” ujarnya.

Kata Hafiz, minggu lepas, dia belikan tiket kapal terbang untuk rakannya itu ke Kuala Lumpur.

“Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit-injit.

“Lepas lima hari jaga dekat Kuala Lumpur, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia Rehat berapa hari naumn tak boleh bangun langsung.

“Saya call semalam, dia kata dah tak tahan. Kemudian saya ambil keputusan pagi ni untuk terus fly Kelantan,” katanya.

Artikel berkaitan: Tangkap hanya sekadar suka-suka, tak sangka foto sawah padi jadi pilihan IG Apple 

Iklan

Menurutnya, dia terpaksa menahan sebak melihat keadaan rakannya itu sebaik tiba di sana.

“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital.

“Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita empat sahabat janji. Time tu saya cakap siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yag susah.

“Dan Alhamdulilah Allah bagi saya rezeki dan kemampuan untuk bantu sahabat ni.

“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku Dan kita berjuang sama- sama” terus sihat loh!,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap “Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni “Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Iklan

Rata-rata warganet sebak melihat video itu, kata mereka memang merah mata tengok video ni…Alhamdulillah Allah kurniakan seorang sahabat sebegini. Susah untuk jumpa…semoga dipermudahkan segala urusan.

Saya pun sama tanpa sedar air mata mengalir.. semoga Allah permudahkan segala urusannya dan cepat sembuh saperti sedia kala.

Sedih tengok sahabat. Inilah yang dikatakan sahabat sejati. Semoga cepat sembuh. Tersentuh naluri keibuanku… moga cepat sembuh dan persahabatan mereka berdua kekal selamanya.

Sudah dikira sahabat hati malaikat selama aku hidup 65 tahun tak pernah kulihat kawan hati semulia ini berkatilah ya Allah dengan mu.

Salute Bro, sambil baca kisah PERSAHABATAN bro, air mataku pun berlinang di pagi yang indah ini. Semoga Allah permudahkan semua perjalanan hidup bro di dunia yang sementara ni dan
persahabatan ni kekal abadi hingga ke taman syurga. Aamiiiinn.

Tengok video ni aku pulak boleh nangis, erti persahabatan tiada nilainya.

Ingatkan dah takde sahabat yang macam ni lagi. Bertuah nya dia ada sahabat susah dan senang. Semoga saudara Hafiz diberi kesihatan yang baikdan dmurahkan rezeki serta buat sahabatnya semoga cepat sembuh insyaallah.