[VIDEO] Terpesona dengar pakcik ini berbahasa Inggeris dengan baik jual roti

[VIDEO] Terpesona dengar pakcik ini berbahasa Inggeris dengan baik jual roti
[VIDEO] Terpesona dengar pakcik ini berbahasa Inggeris dengan baik jual roti
A
A
A

MENGGUNAKAN tutur kata yang sopan ketika berbicara akan memberikan kebahagian buat yang mendengar, betul kan?

Tidak kisahlah apa topik untuk berbicara, lagi manis disertakan senyuman yang mempesona.

Begitulah yang boleh digambarkan kepada tutur kata seorang pakcik yang menjual roti dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Aisya J semalam menerusi laman Twitter miliknya.

Kelihatan dalam video tersebut, pakcik penjual roti itu sangat bersemangat menerangkan jenis roti yang dijual.

Lagi terpesona apabila mendengar bicaranya yang sangat baik dalam bahasa Inggeris!

Artikel berkaitan: ‘The best picture in Malaysia 2020’- Warganet terharu gadis lindung nenek pakai fail

Mesti bukan calang-calang orangnya ni kan?

Tambah lagi sweet, pakcik berkenaan tidak jemu memuji roti yang dibuat sendiri oleh isterinya itu. Beruntungnya isteri pakcik!

Menurut Aisya, dia menemui pak cik itu di RNR Sungai Buloh menghala ke Selatan dan kagum dengan caranya yang tidak henti memuji roti yang dibuat oleh isterinya.

Sifat ramah pakcik itu juga turut diakui warganet lain dan ramai memuji kelembutan roti yang dijual.

Semoga pakcik dan isteri sentiasa dimurahkan rezeki ya.

Korang yang lalu di situ, bolehlah singgah menikmati roti yang dijual nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca