[VIDEO] Tular kereta tersadai di bengkel caj RM12K, wanita dedah mekanik mesej akan siap segera

A
A
A

BARU-baru ini tular di laman sosial perkongsian seorang wanita yang kecewa dengan perkhidmatan sebuah bengkel selepas proses pengubahsuaian keretanya terbengkalai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Ain Jeman, kereta model Proton Wira miliknya telah dihantar ke bengkel berkenaan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu kerana masalah bateri.

Oleh kerana ia mengambil masa yang agak lama, dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai enjin kepada enjin Evo.

Bayaran kos pengubahsuaian dibayar secara ansuran berjumlah RM12,000 telah dilunaskan namun Ain benar-benar hampa apabila mekanik berkenaan seolah-olah melarikan diri daripadanya.

Tambah Ain, pemilik bengkel tersebut sering memberikan seribu satu alasan supaya dia tidak dapat melihat keretanya sendiri.

Namun pada suatu hari, Ain telah membuat lawatan mengejut ke bengkel tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati keretanya masih dalam keadaan serba ‘togel.’

@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah ? banyak kenangan dengan kereta ni ? orang jb tolong ainnn pleasee ?????? #viralvideo#fypシ#fypage♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Wargamaya rata-rata menzahirkan simpati. Susulan itu kisah berkenaan menjadi viral beberapa hari lalu sehingga mendapat liputan meluas.

@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu ??#fypage#fyp#tolongbantu♬ original sound - ?

Dalam perkembangan terbaru, Ain memaklumkan telah menerima mesej daripada mekanik berkenaan.

Menurut mekanik itu, semasa Ain ke bengkel, keretanya dalam keadan ‘togel’ disebabkan enjin masih belum dipasang.

@ain_jeman Anyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? #fyp#fypage#viral♬ Super nova 9 - Kings Chapple-Wilson

Malah mekanik berkenaan turut menyatakan Proton Wira milik Ain boleh diambil semula pada Sabtu ini sekiranya semua komponen sudah siap dipasang dan dicat semula.

Rentetan itu, warganet rata-rata meminta wanita berkenaan membawa seseorang yang berpengalaman bagi memastikan kereta tersebut diserahkan dalam keadaan baik.

Bahkan, netizen turut meminta Ain meminta jaminan (warranty guarantee) dan membuat laporan polis. Ramai menyarankan Ain membawa kes berkenaan ke Tribunal pengguna untuk mendapatkan pengadilan sekiranya bengkel memungkiri janji.

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Baca juga: “Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap 'kayangan,' ini ulasan UAI

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Ain Jeman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca