DALAM negara berhadapan dengan perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown bagi membendung pandemik Covid-19 ini, banyak pihak tampil membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Alhamdulillah! Setidak-tidaknya bolehlah memberi sedikit kelegaan kepada golongan tersebut bagi meneruskan kehidupan berikutan ada perniagaan yang terpaksa ditutup bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tidak terkecuali, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut tampil mengumumkan pakej bantuan khas Muar SEJIWA semalam.

Antara bentuk bantuan yang akan diberikan adalah;

1. 300 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan di Muar.

2. 1,000 keluarga akan menerima Food Bank Parlimen Muar.

3. 30 penggerak vaksin parlimen akan pergi rumah ke rumah bantu daftar vaksin kepada lebih 1,000 keluarga Muar.

4. Insentif pengangkutan Muar-Johor Bahru untuk ambil suntikan vaksin AstraZeneca.

5. Subsidi ujian saringan RTK Covid-19

Iklan

Selain itu, beliau turut menyatakan sumber pembiayaan Muar SEJIWA;

1. Gaji saraan bulan Jun Ahli Parlimen Muar.

2. 100 peratus hasil jualan kurta Syed Saddiq.

3. 100 peratus hasil jualan merchandise Jalan Tegak bahagian Syed Saddiq.

4. Sumbangan orang ramai.

Untungnya warga Muar! Syed Saddiq umum pakej lockdown SEJIWA

Menerusi video pengumumannya yang dikongsi di halaman Twitter rasmi beliau, pengikut dan warganet menyambut baik usaha murninya itu.

Kata mereka;

@AimanPsikologi – Eh jap. So sebenarnya boleh je ahli politik ni berkhidmat untuk rakyat rupanya.

@IsmaHaiHaiqal – Dia ni bagus , tapi aku rasa dia ni dulu macam salah ikut orang. Aku haraplah org muda yang bijaksana nak jadi macam dia ni.

@sheishaheira – YB Syed Saddiq boleh buat… so sbnrnya YB lain boleh buat jugak kan? Tinggal nak buat atau tak nak buat je.

@aisyahuzz – Macamni la YB. Buat video pun creative mengikut style sekarang.

@SafuanNawawi – Nak pindah Muar boleh tak? MB sini macam tak function dengan baik.

Baca juga Fokus bantu rakyat, tak ada masa layan orang gila, benda gila – TMJ

Iklan

Beruntunglah warga Muar kan! Dapat macam-macam bantuan. Tahniah YB Saddiq!