[VIDEO]Anak berlari ke pusara bapa bawa anugerah cemerlang bikin sebak

[VIDEO]Anak berlari ke pusara bapa bawa anugerah cemerlang bikin sebak
[VIDEO]Anak berlari ke pusara bapa bawa anugerah cemerlang bikin sebak
A
A
A

KEHILANGAN orang tersayang amat menyedihkan. Hanya sesiapa yang melaluinya akan merasa keperitan itu.

Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan beberapa kematian melibatkan ahli keluarga tercinta dalam sekelip mata.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti yang dilalui kanak-kanak lelaki ini yang telah kehilangan bapa tercinta bulan lalu.

Difahamkan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian wanita yang juga ibu kanak-kanak tersebut dikenali @arysu87, anak lelaki bongsunya itu berlari menuju ke pusara bapa untuk berkongsi berita gembira.

Ujarnya, anak lelakinya itu mendapat anugerah kecemerlangan di sekolah seperti yang dijanjikan dengan arwah ayah.

Melalui perkongsian video di aplikasi TikTok, rakaman dari jarak jauh oleh wanita tersebut jelas kelihatan mulut anaknya itu terkumat-kamit di hadapan pusara bapa seolah-olah bercerita tentang kejayaannya itu.

Haziq yang berusia 10 tahun itu juga difahamkan rapat dan manja dengan arwah ayahnya itu. Jadi tak hairan lah jika budak lelaki tersebut susah untuk melupakan arwah.

Baca juga Bapa meninggal 3 minggu selepas ibu pergi buatkan Juliana lebih peka soal kesihatan

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Video tersebut mencuri perhatian ramai, warga maya turut pilu dan sebak melihat situasi demikian. Tak mudah untuk melalui detik kehilangan ibu bapa pada usia sangat muda.

Selain mengucapkan tahniah atas kejayaan Haziq, warganet turut mendoakan agar segala urusan keluarga itu dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Ujar mereka;

"Tahniah kak moga anak akak terus maju ke hadapan dan menjadi anak soleh."

"Ayah mesti bangga dengan cemerlang mu adik…tahniah diucapkan. Teruskan usaha dan kuat semangat adik."

"Semoga membesar jadi anak yang soleh. Akak dulu pun pernah mcm ni, dapat anugerah excited pergi kubur tunjuk kat ayah."

"Abang doakan adik terus maju dalam perlajaran dan kerjaya. Moga adik dapat membalas jasa mereka."

Baca juga Kemalangan tragis ibu hamil ‘lahirkan’ bayi di tempat kejadian, suami luah sedih namun reda

"Anak yang soleh dunia akhirat. Mak cik nangis terus dek. jaga ibu yang masih ada sebaiknya ya."

@arysu87allahhuakbar..jtuh air mate ibu..bile ank yg rapat n manje gn ayh,dtg bwa anugerah cmerlang dpusara.nk cerita kt arwah ayh.

♬ Ayah - Laoneis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca