[VIDEO]Anak makan sambil suap 'kawan' sebelah, lukisan 'sosok' buat ramai seram
SELALU kita mendengar rentetan kisah aneh dan misteri mengenai makhluk halus dan mistik yang kadang kala tidak dicapai dek akal.
Malah, kebiasaannya kita akan menjadi sedikit paranoid setelah mendengar cerita-cerita ajaib dan pelik daripada orang lain.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Hakikatnya, perkara ghaib seperti rumah berhantu, santau dan sihir sememangnya agak sukar untuk dibuktikan kerana setiap orang yang mengalaminya berhadapan dengan misteri yang berbeza-beza.
Seperti satu kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang ibu sempat merakam detik seram ketika anaknya sedang makan.
Menerusi perkongsian video di TikTok @nisdorly90, kelihatan seorang budak lelaki yang dipercayai anaknya sedang makan bersebelahan dengan gelongsor mainan di rumahnya.
Apa yang membuat ramai berdiri bulu roma apabila dilihat anaknya ini secara tiba-tiba menyuapkan makanan kepada 'seseorang' yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.
Lagi menakutkan dia juga menadah tangannya sewaktu menyuapkan makanan tersebut agar tidak makanan itu tidak tumpah ke lantai.
Baca juga [VIDEO] Terhayun seperti buaian, detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut
Difahamkan, sudah beberapa kali anaknya itu membuat suapan, namun kali ini baru sempat dirakam.
Melihat situasi itu, si ibu pun bertanya bahawa anaknya itu menyuapkan makanan kepada siapa namun kanak-kanak lelaki tersebut hanya tersenyum dan ketawa mendengar pertanyaan berkenaan.
Menerusi video yang lain pula, adik kepada budak lelaki tersebut juga dapat melihat sosok tersebut dan mereka menyifatkan ia seorang budak perempuan yang memakai baju berwarna putih. 'Benda' itu juga mengikut budak lelaki tersebut dari taman pulang ke rumah.
Video tersebut mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya akui berasa seram melihat aksi anaknya menyuapkan makanan kepada 'kawan'nya itu.
Ujar mereka;"Itu mesti ada orang kat sebelah dia cuma kita ja yang tak nampak."
"Meremang bulu roma acik ni dik.... aaa sudah."
"Perkara yang sama pernah terjadi pada anak lelaki saya dulu. Lepas bawa jumpa ustaz... alhamdulillah sekarang dah ok."
Baca juga Rumah Agam Berpuaka Di Lereng Bukit, Kelibat Entiti 2 Beradik Di Balkoni Bikin Ramai Seram
"Anak saya cakap nampak budak tu suap adik dia, perempuan... mremang sat."
"Baik juga jika puan bawa anak pergi Rukyah. Insya-ALLAH moga yang baik-baik sahaja untuk perkembangan anak."
Sumber : TikTok @nisdorly90
@nisdorli pagi2 die seramkn ummi ?#fyp#paranormalvideos#fypage♬ original sound - nisdorly90
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang