MENJADI seorang ibu bapa bukan hanya melahirkan dan membesarkan anak sahaja.

Ada banyak perkara yang kita perlu lihat dan terapkan pada anak kita dan salah satunya adalah mendidik anak.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak.

Ada yang cenderung bertegas, ada ibu bapa gemar pendekatan santai, ada yang tinggi disiplin, tidak kurang juga tidak segan menggunakan kata-kata kasar.

Namun lain pula jadinya dengan seorang bapa ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh di Twitter pelakon terkenal @AhmadFikry memaparkan telatah seorang anak lelaki merajuk setelah ‘ditegur’ bapanya.

Video yang berdurasi satu minit itu memaparkan gelagat kanak-kanak itu yang hanya mendiamkan diri dan berpeluk tubuh menunjukkan tanda ‘protes’ dengan apa yang telah dikatakan oleh ayahnya.

[VIDEO]"Awak merajuk ke tengah sembahyang?" - Budak merajuk dengan bapa bikin terhibur

Difahamkan, kisahnya bermula apabila si anak yang berusia dua tahun itu berkeras untuk makan daging walaupun usianya yang masih kecil.

Iklan

“Papa tegur awak sebab sayang, tak bolehlah macam ni… tegur sikit merajuk, tegur sikit merajuk. Dah daging tu keras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang, lagi awak nak mengunyah.

“Awak mengunyah pun tak betul lagi, lepas tu awak nak makan daging macam orang besar.”

Apa yang lebih kelakar, apabila anaknya hanya terdiam seribu bahasa dan terpaksa akur dengan segala arahan yang telah diberikan olehnya.

“Orang suruh makan nasi, awak tak nak makan nasi, bila ditegur awak merajuk, merajuk, merajuk, merajuk,” ujarnya.

Yang tambah kelakarnya, si ayah sempat memberikan nasihat supaya anaknya menjadi lebih matang.

“Awak dah dua tahun kena matanglah sikit. Papa cakap dengan awak ni, awak nak berdiri tegak macam tu sampai pukul berapa? Awak taknak masuk tidur ke?

“Awak merajuk ke tengah sembahyang? Papa tegur awak sebab sayang awak. Kang awak batuk malam-malam time nak tidur macam mana. Daging tu makanan orang tua, bukan semua benda boleh masuk ke dalam mulut awak,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet ternyata terhibur melihat telatah kanak-kanak kecil itu.

Iklan

@Whotfisnerea – “Awak dh dua tahun,, awak kena matang” idk why this sentence make me laugh HAHAHAHAH COMEL GILA DIA MAJOK.

@HafidzHamzah7E – Agak-agak la bang 2 tahun dah suruh matang… Aku yang 30 tahun ni pun macam tak matang-matang lagi.

@wanieibrahimm – Bapak-bapak kalau bahasakan anak guna awak ni comel betul macam borak dengan member. Dah 2 tahun cubalah matang sikit!

Baca juga Juruterbang terpaksa menjadi pemandu lori perabot tampung kehidupan

lokman_jai – Actually bila bapak bebel lagi berkesan dari mak membebel.

miza – Wehhhh!!! Dia betul merajuk keras eh tak nangis nangis!

@muhamadazarul – Haa bagus budak ni… Bila besar nanti mesti jadi pendengar yang baik.

John – Jarang jarang dengar bapak bebel macam ni. Selalu mak-mak je.