DIPOTONG pendapatan ekoran pandemik Covid-19, seorang kakitangan syarikat penerbangan tidak mengeluh sebaliknya berikhtiar meneruskan kehidupan.

Kapten Izzat Hakimi Izham Nawi, 30, yang hanya menerbangkan pesawat penumpang komersial ke lokasi domestik sekali dalam seminggu memilih membuat kerja kedua memandu lori menghantar perabot ke seluruh negara.

Portal tempatan melaporkan, Izzat Hakimi terpaksa melakukan kerja tersebut kerana pendapatannya sebagai juruterbang telah dikurangkan sebanyak 80 peratus kerana pandemik Covid-19.

Pelbagai pekerjaan juga diceburinya namun dia berhadapan dengan cabaran-cabaran yang tersendiri.

Malah sebelum menjadi ‘pilot’ lori, Izzat Hakimi turut kecewa dengan apa yang berlaku namun tetap memutuskan untuk mencuba nasib dalam bidang lain.

Pemuda yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu turut mencuba menjadi penghantar makanan tetapi terpaksa berhenti setelah seminggu kerana mengakui pekerjaan itu tidak sesuai dengannya.

Sepanjang bergelar penghantar makanan, terdapat tiga kematian yang dilaporkan melibatkan ‘rider’ dan itu sangat membimbangkannya.

Tidak terhenti di situ, Izzat Hakimi kemudian menjadi pekerja penghantaran perabot dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kerana nekad, Izzat Hakimi hanya melakukan kerja itu bersendirian dan mengakui kadang-kadang terpaksa meminta pertolongan pelanggan untuk mengangkat perabot bersaiz lebih besar.

Dan kini, bapa kepada anak tiga itu telah berjaya membeli sebuah lori tiga tan bagi untuk khidmat penghantaran perabot tersebut.

Juruterbang terpaksa menjadi pemandu lori perabot tampung kehidupan

Ini membolehkannya memindahkan lebih banyak perabot dan sekarang Izzat Hakimi dibantu oleh lima rakan, ada di antaranya masih juruterbang sementara yang lain diberhentikan.

Iklan

Menurutnya, walaupun gaji tidak sama dengan juruterbang, ia membantu tampung kehidupan membeli barang keperluan untuk anak-anak dan keluarga.

Walaupun rutinnya telah berubah, di mana masa banyak dihabiskan di jalan raya serta kadang-kadang pulang ke rumah pada awal pagi, Izzat Hakimi bersyukur dapat menjaga keluarganya sebaiknya.

Malah Izzat Hakimi tidak pernah berasa malu memakai t-shirt sebagai pemandu lori.

Sesetengah pelanggan mengetahui pekerjaannya sebelum ini ebagai juruterbang dan mereka turut gembira dengan apa yang Izzat Hakimi lakukan.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Bukan aksi pemuda demo kain pelikat kemas jadi bualan tetapi komen lucu netizen buat ramai terhibur

Nekadnya, Izzat Hakimi akan meneruskan perkhidmatan penghantaran lori walaupun industri penerbangan akan kembali pulih.

Begitulah kehidupan. Tidak perlu menyalahkan takdir, yang penting berusahalah mencari rezeki halal dalam apa jua bidang pekerjaan.