[VIDEO]"Cuba abang baca surah al - Jinn, nanti boleh nampak", pemuda 'diganggu' makhluk halus buat ramai seram

[VIDEO]"Cuba abang baca surah al - Jinn nanti boleh nampak" pemuda 'diganggu' makhluk halus buat ramai seram
[VIDEO]"Cuba abang baca surah al - Jinn nanti boleh nampak" pemuda 'diganggu' makhluk halus buat ramai seram
A
A
A

PERKARA seperti diganggu makhluk halus kadang-kadang boleh membuatkan kita meremang bulu roma dan berasa seram.

Percaya atau tidak sesungguhnya di muka bumi ini juga ada makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kewujudannya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Seperti yang terjadi kepada seorang pemuda yang berkerja di atas kapal ini. Dia berkongsi sebuah video yang dirinya ‘diganggu’ oleh makhluk halus pada pukul 3 pagi ketika sedang bekerja.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok @asnawihamdan, kelihatan dia terpaksa membuat kerja di lantai kerana dikatakan di mejanya ada 'Abdul Rahman'.

Baca juga [VIDEO]Patung peraga baju raya bergerak buat lelaki konfius, ramai pula terhibur

rumah berhantu

Pada mulanya ramai yang menyangka Abdul Rahman itu adalah rakannya namun siapa sangka, Abdul Rahman itu adalah gelaran yang diberikan pemuda tersebut kepada makhluk halus yang sering mengganggunya.

Namun dapat juga dilihat Abdul Rahman itu bermain kerusi dengan menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. Pemuda berkenaan juga sempat memberitahu bahawa dia sedang bekerja.

"Si Abdul Rahman main kerusi pula dah... kau nak apa Man.. aku tengah kerja ni.." ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya seram dan ada yang menyifatkan pemuda terbabit mempunyai hati yang sangat kental dan ada juga yang menganggap mungkin lelaki tersebut sudah terbiasa malah lali dengan situasi begitu ketika berada di atas kapal.

Ujar mereka;

"Asal masa dia sebut Abdul Rahman tu nampak macam bayang hitam macam baru je bangun dari kerusi tu."

"Hati kena kental bro! Atas kapal mana mau lari dikelilingi air."

"Panggil macam member-member kan... sekali abdul rahman menjawab..."

"Cuba abang baca surah al - Jinn, nanti boleh nampak muka dia. sy bgtau la apa yg saya boleh lihat , jin tu cantik sangat ya.

"Dah tau nama tu kira ok la, maknanya dah rapat..."

Bagaimanapun, dalam ruangan komen pada video tesebut, pemuda itu menyatakan yang itu hanya disebabkan cuaca.

"Tak scam. Orang salah tafsir. Saya tulis dah di caption #badweather #rolling," katanya.

@asnawihamdan Reply to @mohdhanif5110 kalau dicari mungkin boleh jumpa ##marineengineer#engineteam#malaysianseafarer#rolling#badweather♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

Jangan lupa follow kamiInstagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kamiDI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca