SEPERTI biasa yang kita jumpa apabila berjalan-jalan membeli-belah di pasaraya, berderet barisan patung memperagakan pelbagai fesyen pakaian.

Tambah lagi pada musim perayaan ini, pelbagai tren dan gaya yang diperagakan.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Biasanya dalam seminggu terakhir sebelum tibanya Aidilfitri ini ramai yang sedang sibuk membuat persiapan hari raya.

Ada yang cari baju, kuih juga barangan rumah raya, semua tempat pun sekarang pastinya tengah sesak!

Namun, lain situasi yang terjadi kepada seorang pemuda ini. Di kala sedang asyik membeli-belah, dia tiba-tiba ternampak ada patung bernyawa!

Tiga patung itu cantik berdiri menghadap cermin hadapan kedai sedang memperagakan busana yang dijual oleh kedai tersebut.

Rupanya patung itu merupakan manusia dan dilihat bergerak-gerak sambil bersembang antara satu sama lain.

Oleh kerana ingin mendapatkan kepastian, pemuda berkenaan mendekati cermin kedai dan melihat depan-depan.

Wah! Tiga gadis cantik rupanya menggantikan mannequin. Unik cara kedainya membuat promosi.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @avocadamn_ berjaya meraih pelbagai komen yang menghiburkan.

Baca juga Nikmati raya! Ini senarai tol percuma, diskaun 50%, 30% sempena Aidilfitri ini

Ada yang berseloroh ingin membeli patung terbabit untuk dibawa berjumpa dengan ibu mereka!

Ujar mereka;

“Patung dahh sold out ka wey… selalu dalam cerita jer kita tengok benda ni berlaku.”

“Boleh bawak balik tak patung tu, nak bagi kat mak.”

“Canggih zaman sekarang patung pon boleh gerak.”

“Patung dah balik raya awal, staf yang cover ni.”

“Cuba bayangkan orang terpegang tangan ingatkan patung rupanya orang.”

“Beli baju sekali patung boleh tak tu? Kira free gift lah.”

@avocadamn_ sedang mencari kepastian🤔#fyp #raya ♬ оригинальный звук – snauzk

Sementara itu, ini tip berjimat semasa beli baju raya;

1. Potongan harga dan kod promosi

Apabila hari raya sudah dekat, banyak kedai dalam talian yang akan melakukan potongan harga. Sentiasa perhatikan sebarang kos promosi dan potongan harga. Jika bertuah, anda boleh dapat sesuatu yang anda impikan dengan harga yang luar biasa.

2. Manfaatkan ganjaran tunai

Membeli belah sambil dapat ganjaran, seronok kan? Muat turun akaun di laman yang menawarkan Shopback. Menerusi Shopack, anda boleh muat turun kod promosi Shopee seperti penghantaran percuma dan dapatkan ganjaran tunai sehingga 6%.

3. Mix and match

Iklan

Tidak menjadi satu kemestian sebenarnya untuk anda memiliki baju baru di hari raya, asalkan pakaian itu masih elok dan cantik, masih lagi kelihatan segak dan cantik di hari raya ini!

Jika anda seorang yang kreatif, anda masih boleh menggunakan pakaian lama anda dengan sedikit kelainan dengan menggunakan kaedah ‘mix and match’ pakaian.

Baca juga Elok ‘private’ atau padam, Menteri Agama tegur muzik video lagu raya ‘panas’ tidak selaras ajaran Islam

4. Beli dari gedung atau pemborong pakaian

Tentu anda pernah mendengar gedung-gedung tentang pakaian ternama seperti Jakel, Kenanga Wholesale City, Kamdar, Muaz Textiles dan sebagainya, bukan?

Iklan

Gedung-gedung pakaian terkenal seperti ini sering kali membuat promosi besar-besaran setiap kali hampir menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Bukan tu sahaja, mereka juga biasanya menawarkan diskaun sebanyak 30% sehingga 80% untuk setiap pembelian.

5. Buat perbandingan

Sama ada anda memilih untuk berbelanja di bazaar atau pun di butik-butik, elakkan fokus dan berbelanja di satu kedai sahaja. Sentiasa membuat perbandingan harga di setiap kedai. Walaupun tampil dengan rekaan dan kualiti yang sama, adalah tidak mustahil untuk anda mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI