SEORANG gadis berkongsi kisah kehidupan hariannya sebagai seorang pengusaha agro organik rata-rata sangat memberi inspirasi kepada warganet.

Dikenali sebagai @nuraishahshamsuddin di Instagram yang juga merupakan graduan UiTM, gadis itu rupanya insan yang sangat mencintai alam.

Video berdurasi 1 minit 28 saat itu menjadi perhatian warganet dan mendapat hampir 300 ribu tanda suka di Tik Tok apabila dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @azrin.

Ia sangat memberi inspirasi untuk anak muda menunjukkan kehidupan mapannya.

 

View this post on Instagram

 

Video ni menunjukkan kehidupan harian aku sebagai seorang pengusaha agro secara organik secara tidak lansung kena dengan tema pertandingan Penghijauan Malaysia yg dianjurkan oleh @yahijau_official Kehidupan seharian aku lazimnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu amali dan teori. Amali macam yg dalam video ni, aktiviti kebun secara praktikal seperti menyemai, menjaga, memangkas dan teori pulak pembacaan pada sebelah malam tentang tanaman yg mana akan dipraktikkan pada siang hari berikutnya. 2 benda penting untuk penjagaan pokok ialah tanah dan baja yg mana aku buat sendiri dari bahan organik seperti kompos cacing, ayam dan juga mikroorganisma tanah. Semua bahan terdiri daripada bahan organik. Tanaman organik dapat menyelamatkan bumi dari sebarang pencemaran alam terutamanya pencemaran udara dan air yg biasa terjadi hasil dari sisa buangan dan penggunaan baja dan racun kimia yg berlebihan dari pengusaha tanaman secara kimia. Bercucuk tanam lah secara organik untuk kesejahteraan diri, keluarga dan alam sekitar. #AmalanHidupHijauBermulaDiRumah #GayaHidupHijauMalaysia #KetsaPenghijauanMalaysia

A post shared by Nuraishah Shamsuddin (@nuraishahshamsuddin) on

Tulis gadis dari Teluk Intan itu, kehidupan seharian gadis itu lazimnya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu amali dan teori.

“Amali macam yang dalam video ni, aktiviti kebun secara praktikal seperti menyemai, menjaga, memangkas dan teori pulak pembacaan pada sebelah malam tentang tanaman yang mana akan dipraktikkan pada siang hari berikutnya.

“2 benda penting untuk penjagaan pokok ialah tanah dan baja yang mana aku buat sendiri dari bahan organik seperti kompos cacing, ayam dan juga mikroorganisma tanah. Semua bahan terdiri daripada bahan organik,” ujarnya yang baru berumur 27 tahun.

Artikel berkaitan: Penangan Covid-19, Yaya The Clown buka bisnes cendol demi survival hidup

Menurutnya, tanaman organik dapat menyelamatkan bumi dari sebarang pencemaran alam terutamanya pencemaran udara dan air yang biasa terjadi hasil dari sisa buangan dan penggunaan baja dan racun kimia yang berlebihan dari pengusaha tanaman secara kimia.

“Bercucuk tanamlah secara organik untuk kesejahteraan diri, keluarga dan alam sekitar,” katanya.

#AmalanHidupHijauBermulaDiRumah
#GayaHidupHijauMalaysia
#KetsaPenghijauanMalaysia

SinarPlus juga menyeru anak muda di luar sana, contohilah gadis ini.

Iklan

Menjengah ruangan komen, kebanyakan warganet memuji kehidupan gadis itu.

@who i am – Inilah typr isteri yang aku nak’

@affendi – content ni best la

@shae – dahla cantik pastu serba boleh

@d aditya p – konten full kwolegde, organic and zero waste respect. salut

@@menggorannggo – even budak environmental science pun x se event dia ni weyh

Sumber : IG nuraishahshamsuddin

[VIDEO]'Dahla cantik pastu serba boleh' - Gadis cekap berkebun jadi inspirasi warganet

Iklan

[VIDEO]'Dahla cantik pastu serba boleh' - Gadis cekap berkebun jadi inspirasi warganet

[VIDEO]’Dahla cantik pastu serba boleh’ – Gadis cekap berkebun jadi inspirasi warganet

Kredit foto: Nuraishah Shamsuddin