[VIDEO]Fenomena 'mana mana rancak, berdosa!' jadi trend, suara abang lori tular

04
04
A
A
A

"HARI ini rancak, di sini rancak, di sana rancak, berdosa! Iya, di sana mau rancak, di mana-mana rancak, berdosa! Berdosa..."

Begitulah ungkapan perkataan yang disebut seorang pemuda yang menjadi trend dan ikutan di media sosial kini.

Menerusi sebuah video dimuat naik pemuda dikenali @ahmadsaffuan86 di TikTok, bunyi 'di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, berdosa!' itu disebut sebagai 'hiburan'.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Malah sebutan tersebut juga diguna pakai orang ramai pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak.

Bagi korang yang sedang tertanya-tanya siapakah individu pemilik suara sebenar yang digilai ramai itu, difahamkan pemuda itu seorang pemandu lori.

Melihat kepada rakaman yang dibuat sehingga menjadi fenomena, pemuda tersebut berada di sebuah tempat yang dipenuhi lori besar.

@ahmadsaffuan86Mai kita dengaq penjelasan Mana Mana Rancak BERRDOSAAA !!!

♬ bunyi asal - Ahmad Saffuan

Ternyata ayat yang dituturkan menjadi kegemaran warga maya sehingga bunyi yang dihasilkan diguna pakai oleh pengguna media sosial lain menjadi suara latar bagi video-video kelakar.

Menjengah ke ruangan komen posting yang telah mendapat hampir 4 juta tontonan di TikTok itu, rata-rata terhibur dengan video tersebut.

Ujar mereka;

"Oh ini yang buat satu sekolah saya 'zikir' ni..."

"Sebab video inilah adik beradik aku duk ulang perkataan yang sama hari-hari."

"Abang ni ke pemilik suara? Nak tidur pun i dok rancak, rancak!"

Baca juga [VIDEO]Ibu pulang mengejut buat 4 anak mengalir air mata bikin ramai sebak

"Akhirnya aku jumpa video yang kawan aku duk sebut-sebut ayatnya. Haih dosa ke saya gelak?"

"Abang punye tag line ni dah boleh claim royalti bang!"

"Bang, saya gelak sampai nak pengsan. Bedosa tak ni saya gelak tak berhenti."

@ahmadsaffuan86Hari ini rancak, mana mana rancak, berdosa berdosaaaa ????♬ mana mana rancak_berdosaaa. - Ahmad Saffuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca