KEBERSIHAN dan keindahan kawasan tempat tinggal sememangnya hal yang perlu diberi perhatian agar hidup sentiasa sihat dan ceria.

Sekiranya tempat tinggal kotor dan tidak ceria maka penduduk yang mendiaminya juga mudah diserang pelbagai penyakit yang berbahaya.

Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @Hibatullah Danial yang tular beberapa hari lalu memaparkan keadaaan kotor di sebuah flat.

Agaknya apalah perasaan penghuni di situ ya? Lihat sahaja video tersebut, memang meloyakan!

Hibatullah yang bekerja sebagai penghantar makanan itu tiada niat untuk aibkan penduduk tersebut namun hanya sekadar berkongsi pengalaman.

Video perkongsiannya itu menunjukkan keadaan flat yang dicemari dengan sampah sarap termasuk di bahagian tangga.

Menurutnya, itu bukan kali pertama dia menghantar pesanan pelanggan di situ dan memang tahu mengenai keadaan persekitarannya.

“Sebagai penghantar makanan aku pun tak tahu bagaimana nak naik flat ni, bila suruh pelanggan turun dia berkeras suruh naik.

“Disebabkan malas bertekak, aku pun naik tangga sebab lif rosak,” tulisnya.

Katanya, dia tidak dapat mengelak atau membatalkan pesanan diterima risau akan mempengaruhi tahap penilaian prestasi kerja.

Bagaimanapun, Hibatullah tidak menyalahkan semua penduduk di flat itu sebagai punca kepada masalah pencemaran berkenaan.

Dia hanya anggap apa yang dilalui itu sebahagian cabaran perlu ditempuhi untuk mencari rezeki.

Iklan

Baca juga Wanita sarat 7 bulan jatuh ketika tunggang kuda, rupanya ini terjadi

Rata-rata pengikutnya menyuarakan rasa kurang senang apabila melihat persekitaran flat tersebut.

Iklan

Murafive – Miskin takpa jangan jadi pengotor. Semua tempat tong sampah disediakan.

Putra Kirazaky – Macam mana diorang hidup dan mampu bertahan dengan segala sampah sarap macam tu?

hafizah – Kebersihan adalah satu ibadah, jin dan syaitan sangat suka duduk di tempat-tempat kotor dan busuk.

Fiqsham – Aku yang tengok pun boleh terbayang bau dia, apatah lagi yang tinggal di situ.

Adi – It’s all about attitude. Low class minded people.

Apapun, isu kebersihan ini tidak akan berakhir jika tiada sikap kerjasama dan tanggungjawab daripada semua penghuni di situ.

Sehingga kini, video itu sudah mendapat lebih daripada 1.1 juta tontonan.

@hibatullahdanialtanpa hashtag konfem fyp 🤣♬ original sound – Hibatullah Danial