SEMALAM panas di laman Twitter apabila sebuah video tular memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil terjatuh ketika sedang menunggang kuda.

Video berdurasi 52 saat itu menyaksikan seorang wanita menjerit kesakitan selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke tanah.

Kejadian yang berlaku di MAEPS Rubinga Equine Centre (MREC) itu menjadi tumpuan warganet dan ada segelintir daripada mereka mengecam tindakan wanita itu kerana amat bahaya untuk bayi dalam kandungan.

Rupanya, wanita hamil berkenaan seorang usahawan yang dikenali sebagai Cik Puan Azila.

Menerusi posting di Instagram miliknya, beliau mengatakan bahawa keadaan dirinya yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan baik-baik sahaja.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda (tergelincir sebenarnya) tiba-tiba tular di media sosial Twitter sepertimana dimaklumkan.

“Bertubi-tubi panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan yang risau keadaan saya. Yelah saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat mengandung tujuh bulan lebih, sebab tu ramai yang risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah saya okay je tak ada yang serius so far. Syukur kepada Allah SWT,” tulisnya.

Menurut Azila, ketika mendapat tahu videonya tular, beliau sempat membaca perbualan di Twitter.

Iklan

“Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dekat Twitter.

“Pertama kali kena kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat.

“Mental fizikal orang bisnes kena kuat! Bagi yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat. Alhamdulillah terima kasih ya.

“Paling yang saya suka ada yang ingat saya tak mengandung sebab ada yang kata badan kecik.

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ni bukan tak boleh tapi cuma kena berhati-hati.

Baca juga Capaian internet terhad, 3 beradik panjat bukit selama 20 minit sebelum memulakan PdPR

“Macam dalam video tu sebenarnya saya ‘override’ saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir.

“Setakat pusing-pusing ‘joy ride’ tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memanglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ni.

“Sebenarnya saya seorang #horserider dan White Rose adalah kuda kepunyaan saya. Sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya.

“Saya rindu dekat Rose sebab berbulan jugaklah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin.

“Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar.

“Ride (juz walk bukan lari) masa mengandung ni bagus sebenarnya,(tak digalakkan untuk newbie) sebab bantu betulkan posture badan ibu hamil. Memudahkan proses bersalin juga!

“Kuda hanya akan suka org yang tenang. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita leadership atau sifat kepimpinan,” jelas beliau.

Azila turut mengucapkan terima kasih atas teguran warganet.

Iklan

“Apapun terima kasih kepada yang menegur, mengecam dan yang cakna terhadap seorang ibu hamil ini.

“Doakan saya selamat bersalin ya. Bila jatuh jangan lupa untuk bangkit lagi. Itu sikap orang-orang yang berjaya!” pesannya.

Sehingga kini, video tersebut sudah mencecah lebih 50 ribu tontonan di Twitter.