[VIDEO]Gara-gara isteri positif Covid-19, suami bersanding bertemankan laptop

[VIDEO]Gara-gara isteri positif Covid-19, suami bersanding bertemankan laptop
[VIDEO]Gara-gara isteri positif Covid-19, suami bersanding bertemankan laptop
A
A
A

SETIAP pasangan pengantin pastinya mahu mengabadikan hari bahagia mereka dengan pelbagai kelainan supaya dapat diingati hingga ke akhir hayat.

Lebih-lebih lagi momen terindah ketika duduk bersanding di mahligai pelaminan. Detik bahagia itu menjadi ingatan selamanya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Berbeza pula dengan pasangan mempelai ini apabila pengantin lelaki dilihat akur bersanding dengan sebuah komputer riba (laptop).

Aduhai! Gara-gara pengantin perempuan disahkan positif Covid-19, terpaksalah si suami merakam memori persandingan mereka bertemankan laptop.

Yelah, persiapan hari bahagia sudah ditempah awal, tetamu juga semua sudah diundang, sudah pasti majlis tetap perlu dilaksanakan.

Mudah! Sistem pendaftaran perkahwinan kini boleh dibuat secara online

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok @kakleeha, kelihatan majlis perkahwinan tersebut tetap meriah walaupun pengantin perempuan hanya melalui skrin.

Menariknya, pengantin perempuan yang berada di skrin laptop itu turut dilihat lengkap berpakaian songket.

Dalam pada itu, tetamu dan jurukamera juga dilihat tetap merakam foto pengantin lelaki dan isterinya.

Baca juga [VIDEO]"Rasa cikedis kot" - Ramai terpegun lihat aksi kanak-kanak ratah petai

Video tersebut ternyata mencuri perhatian ramai, sehingga kini mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan hampir 60,000 tanda suka.

Bagaimanapun akaun TikTok tersebut meletakkan ruangan komen kepada mood privasi, respon warga maya tidak dapat dibaca ketika ini.

Apa pun, moga pasangan pengantin sabar dan tabah menempuh dugaan dan berbahagia hingga hujung usia.

@kakleeha#covid#positive♬ Selamat Pengantin Baru - Wann

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca