ADAT hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Selain itu, sebagai seorang jiran juga, kita perlu mengetahui batas-batas terutamanya melibatkan hal-hal peribadi dan hak milik orang lain.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Pun begitu, tidak dinafikan, masih terdapat lagi sesetengah daripada jiran yang berkelakuan aneh seolah sengaja menyusahkan orang sekeliling.

Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Farhana yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila jiran kerap meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya sesuka hati.

Yelah, apabila selalu sangat ia menimbulkan kesusahan kepada tuan rumah kan. Sabar sekali dua, lama-lama naik ‘panas’ juga kan.

Baca juga Wanita dedah saluran air aircond jiran dihala ke rumah hingga berlumut

Geram dengan tindakan tersebut seorang lelaki bertindak meletakkan satu nota sehingga terus menyedarkan pemilik kereta berkenaan!

Menerusi video pendek dikongsi, lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan bertindak meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00.

Tambahnya lagi, pembeli turut mendapat pam racun secara percuma.

Iklan

“Untuk dijual RM800.00, percuma pam racun,” tulisnya.

 

@queen_mekarsari88 bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg ♬ Pamela – Bots🇵🇭

Apa yang menariknya apabila tindakan tersebut membuahkan hasil selepas jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang diambil serta ‘berpuas hati’.

Ujar mereka;

“Aduhai, kita pula rasa puas hati melihatnya.”

“Baru ada akai, tak serik lagi tak tahu la nak habaq.”

“Bagus. Puas hati. Dah tau duduk rumah taman, kereta ada 3,4 semua nak parking depan rumah, sampai rumah jiran pun dia rembat.”

Baca juga [VIDEO]”Kahwin paling rare”, raja sehari bersanding dalam mall raih perhatian

“Betul juga idea ni. Kalau dia sound suka hati je letak botol kat keta dia… boleh je sound dia balik suka hati je parking depan rumah orang.”

“Cara yang elok… Tak ada nak betengkar. Tahu-tahu panas ja member.”

Sumber: Nur Farhana