KISAH seram diusik entiti sejak kebelakangan ini nampaknya banyak dikongsikan dalam media sosial terutamanya menerusi aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, banyak video pendek yang dikongsikan pengguna TikTok membuatkan ramai tergamam dan meremang bulu roma.

Seperti perkongsian pelakon dan pelawak terkenal, Ajak Shiro di laman TikToknya baru-baru ini.

Kelihatan ada satu susuk berwarna putih berada di atas pacuan empat roda (4×4) di hadapan kenderaan yang dinaikinya.

“Tengok sampai habis. Gurau halus pula malam-malam ini. Apa tu?” tulis Ajak ringkas pada kapsyen video seram berkenaan.

Rakaman berdurasi 44 saat itu membuatkan warga maya masing-masing berteka-teki dan ada pendapat masing-masing setelah melihat susuk berwarna putih itu.’

Baca juga Video ratusan penunggang motosikal berhenti tular, pokok tumbang, bumbung tercabut di Pulau Pinang

Jangan memandu jika rabun malam, anda mungkin hidap 7 penyakit ini

Iklan

Ada yang mengatakan entiti yang besar dan tinggi serta berdiri tegak itu hanya satu benda besi seperti tangga yang dibaluti kain, namun ada yang percaya ia merupakan makhluk halus yang ‘menumpang tanpa diundang’.

Pada masa yang sama, warganet turut meluahkan pengalaman ngeri masing-masing ketika melalui jalan yang sama.

Iklan

Ujar mereka;

“Kalau ya pon tangga tak kan owner ikat menegak. Macam membongkok je tu… kat belakang tu kosong dia tumpang la.”

“Kecut perut! Mungkin dia bawak almari kecik yang dibungkus plastik yang banyak ke? Tapi nampak cam seram jugak.”

“Ni jalan masjid ke sekolah Cina, selalu sangt aku lalu. Tak caya tak leh gak, nak caya sangat pun tak leh.”

Baca juga [VIDEO] Peraga gaun pengantin di dasar laut, video wanita rakam foto bawah air raih 2.5 juta tontonan

“Mungkin 4×4 tu yang dia punya, sebab tu dia suruh pulangkan balik… hahaha.”

“Tangga tu guys… tangga yang dibalut dengan plastik lutsinar.”

“Mata aku terpandang kat atas dahan terpacak kecik warna putih.”

Apa-apa pun hati-hatilah ketika memandu pada waktu malam ya!

@ajakshiro_ #seram #pulangkan #apatu #guraukasarwei #menunpang ♬ Pulangkan (feat. Izzad Izzudin) – Misha Omar