BERPISAH atau berjauhan dengan insan tercinta amat perit. Tambah lagi jika dengan darah daging sendiri, tiada kata yang boleh diungkapkan.

Tiada ibu ayah yang sanggup berpisah dengan anak-anak. Namun apabila keadaan yang terpaksa berbuat demikian, tiada pilihan.

Sayunya hati bila berjauhan dengan anak tersayang. Sedih, rindu dan terbayang-bayang keletah anakanda tersayang.

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini yang terpaksa menanggung rindu terhadap ibunya.

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok @Melliringallery, seorang kanak-kanak lelaki tidak boleh menahan rasa sedih setelah membaca nota daripada ibunya.

Difahamkan, ibunya sedang bekerja dan tidak dapat pulang ke rumah. Si ibu menggunakan khidmat ‘surprise delivery’ memberikan hadiah kepadanya.

Semasa menghantar hadiah tersebut, perakam video meminta kanak-kanak yang dikenali sebagai Imran itu membaca nota yang dikirimkan ibu tercinta.

Pada mulanya, Imran kelihatan tenang sahaja namun akhirnya mutiara jernihnya jatuh jua di saat ibu memohon maaf.

Notanya “Mama rindu Imran, belajar rajin-rajin ya. Nanti mama cuti mama balik. Mama minta maaf sebab tinggalkan…”

Kanak-kanak seusia itu, tidak pandai menutur bicara rindu kepada ibu hanya mampu mengalirkan air mata.

Iklan

Namun kelihatan juga Imran menutup wajahnya ketika menangis. Jelas kelihatan kanak-kanak itu terlampau rindu terhadap ibunya.

Baca juga Ustaz Ebit terharu jumpa TMJ, dilayan macam kawan

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat Imran.

Syaff Msar – Part Imran nangis je dengan kita-kita nangis sekali. Sedihnya.

Sahqdododo – No! I never seen any kids cry reading just notes from their parents, they usually smile because the good at hiding emotions but not this one.

Farzabasha – Kali pertama aku nangis dengan video yang kurang seminit.

nitch_ – Which means this kids faham apa yang dia baca and its truth form heart. Im crying too.

Amirah Hussin – Jarang jumpa budak faham note bila dah nampak hadiah. Imran anak soleh!

Khairul Nizam Chen-m – Oit air mata jantan aku mengalir, apehal. Nilah namanya penangan ibu tersayang.

@mellirinegalleryBila mama yang pjj suruh hantarkan bouquet untuk ank nya…😭##surpriseplannerbp ##mellirinegallery♬ bunyi asal – mellirinegallery