MASIH ingatkah korang kepada seorang bayi yang menghidapi ketumbuhan di mulut?

Sebelum ini, kisah bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin pernah menjadi perhatian seluruh rakyat negara apabila menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.

Kisah bayi kesayangan Malaysia tersebut turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri dan akhirnya dibedah di London.

Kini selepas 18 bulan pembedahan, adik Ainul Mardhiah semakin aktif seperti kanak-kanak lain dan sudah pandai berjalan!

Alhamdulillah untuk perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sangat positif.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh ibunya, Nurul Erwani melalui sebuah perkongsian video di Instagram.

Menerusi video itu, kelihatan adik Ainul Mardhiah berjalan-jalan di kawasan beranda rumahnya dengan kapsyen “Ainul sekarang dah pandai kemas rumah tolong mama sejak-sejak dah laju berjalan ni.”

Iklan

Baca juga Sayang ibu… Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatan adik Ainul Mardhiah dan memberi kata-kata semangat.

Iklan

Kata mereka;

yatiezelani – Alhamdulillah syukur… Ainul membesar dengan baik yer.

wanie_nsap – Haish, Tak pernah jemula tengok awak ni Ainul… Geram.

aliaosman – Omei nomeinya Ainul jalan hati hati naaa…

rabiaamat – Alhamdulillah gembira lihat perkembangan Ainul.

nursyafinazk – Comel la Ainul ni pandai dia tolong mama.

ashmawati – Alhamdulillah… Semoga terus sihat ye sayang.

oherinsandra – Alahai comei jeee, dah bejalan ye sekarang. Alhamdulillah. Semoga Ainul membesar dengan baik sihat dan jadi anak yang solehah dunia akhirat.

SinarPlus turut mendoakan semoga adik Ainul Mardhiah diberikan kesihatan yang terbaik, InsyaAllah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)