SIAPA yang tidak seram! Jelmaan misteri ketika anak bermain mainan di funfair!

Kisah seram diusik entiti sejak kebelakangan ini nampaknya banyak dikongsikan dalam media sosial terutamanya menerusi aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, banyak video pendek yang dikongsikan pengguna aplikasi itu membuatkan ramai tergamam dan meremang bulu roma.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita ini apabila dirinya sangat terkejut dengan tiba-tiba ada jelmaan misteri dalam video yang dirakamnya di sebuah funfair baru-baru ini.

Menerusi perkongsian @rienarosnijbqueen, pada awalnya ada seorang budak lelaki yang duduk disebelah anaknya.

Namun tiba-tiba kanak-kanak tersebut ‘lesap’ ketika permainan tersebut berpusing ke pusingan yang terakhir.

Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat pada pusingan yang terakhir anaknya seolah-olah masih bersembang dengan seseorang di sebelah namun di dalam video tersebut, tiada sebarang kelibat yang berada di sebelah anaknya.

Tambah wanita itu, dia ada bertanya kepada anak lelakinya mengenai kehadiran individu berkenaan, namun anaknya juga seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Baca juga [VIDEO] Anak minat lori sampah, ‘excited’ jumpa ‘driver’ siap bergambar

[VIDEO]Seram! Wanita kongsi anak bersama jelmaan misteri di 'funfair'

Baca juga [VIDEO]BBQ atas batu meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut

“Kebetulan lepas tu game dah habis, apabila anak saya turun… tak nampak pula budak yang duduk sebelah dia.

“Muiz cakap dia duduk dengan ‘abang’. Lepas saya tunjuk video tu, dia cakap tak tahu mana ‘abang’ tu,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut seram melihat rakaman tersebut apatah lagi di saat budak lelaki itu tiba-tiba hilang namun anaknya masih lagi berbual seolah-olah budak lelaki itu masih ada.

Ujar mereka;

Iklan

“Meremang oiiiii! Aku tengok tertiba hilang sorang tu, aish kang tertiba budak tu baring kat sebelah kita time toleh naya.”

“Saya dah try pause stop tengok memang tak ada orang… kaki pun tak ada kalau nak kata dia tunduk.”

“Yang pertama nampak… kali kedua lalu tak nampak. Tapi nampak Muiz tu tengah sembang tepi tempat kosong tu.”

“Korang boleh tengok kat kaki tak ada pun budak tu. Seram!”

“Time naik tu tak check ke Muiz naik dengan anyone ke tak… adeh aku yang takut ni.”

Iklan
@rienarosnijbqueen sapa duduk sebelah MUIZ??? 🫣#ghost #scary #foryou #fypシ #tiktok ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Begitulah, jelmaan misteri ini biasa dalam pelbagai bentuk dan rupa bahkan mampu menjelma menyerupai sosok seseorang manusia.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI