JIKA sebut pasal bakat seni, tak semua orang dianugerahkan memilikinya.

Bakat menyanyi khususnya, bukanlah boleh dibeli, ia datang secara semula jadi kepada insan terpilih.

Bertuah kan? Begitu juga dengan seorang lelaki ini apabila dia berkebolehan meniru lebih daripada 10 penyanyi di negara kita!

Menerusi video yang dikongsinya semalam melalui laman Twitter @amsyar_leee, rata-rata warganet kagum dan terhibur dengan suara lunaknya itu.

Dengan penuh santai, dia meniru suara penyanyi tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Elizabeth Tan, Shila Hamzah dan Ning Baizura serta beberapa artis lagi.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelitup muka meriah ada lampu-lampu, lelaki ini kongsi cara untuk dapatkan

Iklan

Video yang menunjukkan kebolehannya meniru suara penyanyi wanita itu telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan hampir 30 ribu ulang kicau.

Warganet berkata;

Daebakkkkkk lah! Goosebumps aku tengok semua suara retis dia boleh tiru.

So talented. Mula-mula ingatkan miming tapi memang suara dia laaaa.

Hiburan aku malam ni… Very talented bruh, aku yang perempuan ni pun susah nak nyanyi lagu perempuan.

Bro, nak dengar suara kau bercakap. Curious nak tahu.

Hahahaa weh tak tau nak cakap apa… padu giler!

Habis semua ‘ditapaunya’! Ni kalau pejam mata, mati-mati ingat suara perempuan. Caya lah!

Apa rasa boleh jadi lain-lain artis? Suara kau terbaik bro!

Serius brother ni memang sempoi. Terbahak-bahak aku gelak. Lagi-lagi part Nabila Razali! hahaha.

Sumber: Twitter Amsyar Lee

Iklan