[VIDEO]Tular video 'Jue Aziz' berniqab, usahawan mohon maaf

A
A
A

SEMALAM tular di laman Twitter sebuah video menunjukkan pelakon terkenal Jue Aziz yang dikatakan kini telah berhijab dan berniqab.

Video berdurasi 44 saat dimuat naik oleh @MissHuruHara itu ternyata menjadi perhatian warga maya apabila sehingga kini telah memperolehi hampir 20 ribu tontonan.

Namun video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan kecaman membuatkan tuan empunya diri terpaksa tampil memberikan penjelasan.

Justeru hari ini, seorang usahawan wanita membuat penjelasan di laman Instagramnya.

"Jarang-jarang saya buat posting. Tapi disebabkan dah viral ni, saya rasa perlu tampil membuat kenyataan walapun pada mulanya saya nak biarkan cerita 'Jue Aziz berniqab' berlalu macam tu je.

"Macam-macam komen netizen, ada yang mencuit hati dan ada juga yang sakit mata baca; perasan Jue Aziz lah dan macam-macam lagi.

"Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya. Saya bukanlah pelakon Jue Aziz sebaliknya adalah pengasas produk kosmetik," jelasnya.

Menurutnya, video tersebut hanya sekadar gurauan.

"Untuk pengetahuan semua video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dan staf saya sahaja.

"Apa kena mengena Jue Aziz dan saya? Jujur cakap tiada pertalian darah langsung.

"Cumanya, saya biasa terima usikan daripada staf dan kebanyakan orang yang bertemu saya.

"Mereka kata wajah dan suara saya seperti Jue Aziz. Ada juga yang kata macam Datin Sri Zizie Ezette (aiyo cantik sangat tu!).

[VIDEO]Tular video 'Jue Aziz' berniqab, usahawan mohon maaf

Baca juga Ustaz Don jadi food rider, akui bukan kerja mudah perlu banyak bersabar

"Disebabkan dah biasa dengan gurauan staf yang selalu mengusik panggil Jue Aziz, saya layankan saja staf saya, Sarah si tukang record video berkenaan.

"Saya baru sebulan dua berniqab jadi niatnya nak bergurau. Dialog pun spontan saja, sebab dah biasa kena paksa berlakon dengan staf ni.

"Kita pun kadang-kadang kerja stres kan, so layankan saja! Dengan staf ada masa perlu serius dan tegas sebagai majikan, ada masa pula kita layan mereka seperti sahabat," katanya.

Selain itu, Nazirah turut memohon maaf berkaitan isu tersebut.

"Apa pun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa sahaja yang tersinggung dengan gurauan kami. Take care and stay safe everyone!" ujarnya.

Tapikan, Nur Nazirah ini memang cantik kan? Patutlah staf meletakkan gelaran macam tu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca