JIKA sebelum ini grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni menjadi tempat warganet berkongsi masakan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, kini muncul pula grup baharu yang menjadi tumpuan ramai.

Grup yang diberi nama Riak Apa Hari Ini itu bertambah rancak apabila kini meraih hampir 130 ribu ahli.

Memang seumpama namanya, ia mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada warganya.

Raih hampir 130 ribu ahli, grup FB Riak Apa Hari Ini makin rancak!

Apa yang menariknya, perkongsian yang dibuat ahli grup seperti saling berlumba-lumba menunjukkan koleksi ‘harta’ masing-masing.

Selain itu, menjengah ruangan komen pada setiap perkongsian juga sangat kreatif dan agak ‘kasar’ namun yang pastinya tiada ahli yangcterasa hati. Ia membuatkan grup itu dilihat menjadi rancak.

Bagi sesiapa yang mahu ‘show off’, inilah platform yang sesuai dengan korang asalkan menepati syaratnya iaitu posting riak dari diri sendiri, secara kelakar, original, jujur dan boleh dalam pelbagai bentuk yang kreatif bertujuan untuk menghiburkan ahli grup.

Raih hampir 130 ribu ahli, grup FB Riak Apa Hari Ini makin rancak!

Walaupun perkongsian tersebut dibuat sekadar untuk mencuit hati orang ramai, seorang ahli turut menegur agar semua lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian khususnya melibatkan duit atau barang-barang berharga.

Menjengah ke media sosial, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi, ada yang terhibur dan sebaliknya.

Iklan

Baca juga Benarkah roh orang jahat tak diterima bumi dan merayau-rayau? Ini penjelasannya…

Sementara itu, grup itu turut mendapat perhatian pendakwah, Ustazah Asma’ Harun yang merasakan ia agak keterlaluan hingga menghalalkan pelbagai kemungkaran dan dosa atas nama ingin bergurau sesama rakan media sosial.

Menurutnya, ahli grup dilihat sangat bebas bergurau senda sesama mahram dan ada juga mendedahkan aurat untuk menunjukkan barang kemas serta kulit putih melepak dengan menggunakan kapsyen riak.

Iklan

Kata beliau, jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan. Beliau turut mencadangkan kepada admin grup agar menukar tajuk grup atau menutupnya terus.

Sebaiknya, bersederhanalah kita dalam apa jua yang dilakukan.