KATA orang nama itu doa. Malah dengan keunikan nama menyebabkan orang mudah mengingati seseorang seperti nama nama Baby Girl Binti Ariffin ini.

Baru-baru ini tular di laman sosial foto memaparkan MyKad yang tertera nama unik itu sehingga menerima pelbagai reaksi warga maya.

Rupa-rupanya ia dikongsikan oleh usahawan, Nina Othman yang menjadi penceramah dalam sebuah program keusahawanan.

“Hari ini saya berdosa besar! Rasa bersalah sangat. Saya beritahu peserta-peserta program cuba guna nama profesional untuk letak di Facebook dan WhatsApp untuk tujuan pengenalan diri bila bergelar usahawan nanti.

“Saya minta kalau boleh, janganlah pakai nama-nama seperti Sweet Girl, Pinky Comel atau CuteBear33.

“Untuk aktiviti itu pakai nama betul tetapi pendek. Paling penting bukan nama samaran dan semua bersetuju,” kongsinya.

Bagaimanapun nama seorang peserta membuatnya terkesima. Nama yang disangka sekadar nama panggilan rupanya nama sebenar.

“Sekali masa sesi perkenalkan diri dan bisnes, ada sorang peserta letak namanya sebagai Baby.

“Dalam otak dan hati sudah mula nak naik darah kerana beranggapan beliau tidak faham arahan ke atau saya bercakap laju sangat.

Menarik nafas sebentar, Nina bertanya usahawan makanan itu berkenaan nama sebenarnya.

“Dia jawab Baby, iya Baby. Nama penuh Baby Girl binti Ariffin.

“Game Over Nina!! Game Over!! Aduhai. Sorry Puan Baby Girl, saya betul-betul minta maaf.

“By the way, she makes and sells these giant purple onde-onde,” ujarnya.

Menurutnya lagi, usahawan wanita itu merupakan anak perempuan pertama dalam lima beradik dan nama luar biasa itu diberikan oleh ibu saudaranya.

Baca juga: Kena kecam sebab letak nama anak Mipan Zuzuzu, ini penjelasan si bapa

Baca juga: Sijil kelahiran dua kaki, wanita miliki nama paling panjang di dunia, 1,019 huruf

Baca juga: Pening fikir nama anak ke-16, pasangan ini tidak kisah jika dikurniakan 30 zuriat

Baca juga: Uniknya, 11 anak miliki nama empat abjad, hanya guna huruf A, E, L dan X

“Puan Baby ada namakan anak perempuan dia pertamanya dengan nama baby juga iaitu Baby Nisa,” kongsinya.

Perkongsian Nina menerima pelbagai reaksi, rata-rata teruja dengan idea nama yang istimewa dan luar biasa itu.

– “Cute dan comel.”

– “Mungkin baby girl pertama dalam family, keluarga excited.”

– “This is Sabah! Jiran belakang rumah saya ada nama Hulk Hogan. Ada juga nama Bahagian bin Cawangan. Tidak dinafikan wujud nama yang agak kotor untuk disebut namun itulah nama dalam kad pengenalan.”

– “I had a beneficiary whose name is Myvi. Same spelling. He came before the car.”

– “Baby forever, tidak akan tua sampai bila-bila.”

Nina bersama sebahagian peserta yang mengikuti kursus di bawahnya.

Dalam pada itu, Nina mendedahkan perkongsian usahawan itu yang sudah lali dengan pelbagai komen orang ramai berkaitan nama uniknya.

Iklan

“Saya sudah check dengan Puan Baby Girl, setakat ni dia masih okay dan happy. Mungkin sudah terbiasa dengan nama itu, bermacam-macam komen diperolehi daripada kawan-kawan, jiran, pelanggan, guru, tok kadi  hinggalah jururawat dan doktor yang sambut kelahiran anak-anaknya.

“Paling saya tabik, suami Puan Baby Girl yang reda nama isteri seperti panggilan manja dengan lelaki lain. Steady je.

“Hebatlah! Semoga melimpah ruah rezeki keluarga Puan Baby Girl dan suami. Moga impian membuka kedai makan sendiri akan tercapai dalam masa terdekat, insya-ALLAH,” kongsinya.

PANDUAN MEMILIH NAMA ANAK DALAM ISLAM

Nama mempengaruhi atau mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya diri.

Oleh sebab itu, nama merupakan antara perkara yang terawal perlu diberi perhatian untuk anak yang baru lahir. Berikut adalah panduan menamakan anak dalam Islam.

1-Memilih nama yang baik

Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad RA daripada Abu ad-Darda‘ RA Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

2-Nama paling disukai ALLAH

Iklan

Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh ALLAH iaitu selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman dan nama yang disandarkan kepada 99 nama ALLAH (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim, ‘Abdulmalik dan yang seumpamanya.

3-Menggunakan nama nabi

Imam an-Nawawi RA berkata menurut mazhab Syafie dan jumhur ulama, harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi dan begitu juga nama-nama para malaikat.

4-Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan.

Sumber: Nina Othman, Mufti Perak 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!