Wah tahniah! Dr Amalina terima Jemputan Prince Charles Ke Istana Buckhingham buat ramai bangga

PAKAR bedah kelahiran Malaysia terkenal dengan pencapaian akademik yang mengagumkan, Dr Amalina Che Bakri baru-baru ini telah dipilih dan dijemput untuk mewakili Malaysia menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charless III dan Permaisuri yang berlangsung di Istana Buckingham, London.

Majlis tersebut diadakan bersempena merayakan komuniti Inggeris Timur dan Asia Tenggara di negara tersebut.

Dr Amalina berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.

“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (beliau adalah Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas serangan pengganas London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa.

Baca juga ‘Tokma wanita berkerjaya berdikari.’ Dr Amalina hargai pengorbanan, imbau suka duka dibesarkan ibu tunggal

amalina
DR AMALINA

“Kami berbesar hati untuk dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja yang bekerja dan rangkaian dengan orang lain dari pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan di luar negara,” tulisnya.

Antara tetamu lain yang turut hadir pada majlis tersebut adalah, pelakon, Will Sharpe, Simone dan John Rocha, Huishan Zhang dan Rejina, Alexa Chung dan pengarah Louis Wain.

Jemputan berkenaan membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan tahniah dan berbesar hati kerana dia dapat mewakili negara Malaysia dengan pencapaiannya yang cukup membanggakan.

Selain itu, ada yang menyifatkan Dr Amalina sebagai contoh wanita yang patut dijadikan inspirasi semua orang.

Ujar mereka;

“What an honour. You’ve made Malaysians proud. We would like to humbly THANK YOU for trusting us with your outfit and for supporting your homegrown brand.”

“This is amazing Amalina. What a moment to remember.”

Iklan

Baca juga Dr Amalina nasihat ibu lepas bersalin berjalan perlahan, elak penyakit deep venous thrombosis, pulmonary embolism

“You are amazing & such an inspiration! Thank you for your contribution & represent us with your high achievement! Looking forward for more Malaysian to be someone like you.”

“Incredible Amalina and you look beautiful.”

“With ur credentials n grace, u certainly deserve to represent Malaysia…congrats Dr.”

Iklan

Tahniah Dr Amalina!

Sumber: Instagram Dr Amalina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.