Wajah bersih dan tidak terbakar, Ebit Lew kongsi foto 4 beradik maut kebakaran runtun hati warga maya

TRAGEDI kebakaran yang menimpa sebuah keluarga di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor baru-baru ini benar-benar menyayat hati.

Pengebumian si kecil Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, disempurnakan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar pada jam 8.15 malam selepas disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Suasana sayu menyelubungi apabila ibu, Nabila Sedu, 31, dan bapa, Thein Ko Htut, 30, kelihatan sugul dan tidak bermaya.

Baca juga: Luluh hati… 4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

Kehadiran aktivis masyarakat, Ebit Lew yang berkongsi perkembangan keluarga itu menjadi perhatian ramai.

“Menangis, sedih sangat baru lepas bersama pengkebumian jenazah empat beradik kecil meninggal dunia lemas akibat rumah terbakar.

“Sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan di Muar, Johor. Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim,Mustakim dan Fatihah Aisyah masih kecil semuanya. Wajah mereka bersih dan cantik. Innalillahiwainnailaihirajiun,” titip Ebit.

Baca juga: ‘Mereka nak baju raya hitam.’ Ibu 4 anak maut kebakaran hiba tak sempat beli, baju tadika ubat rindu

Kongsi Ebit kediaman keluarga itu tiada peralatan elektrik. Lebih menyayat hati, beliau yang berpeluang melihat jenazah memberitahu wajah kanak-kanak itu bersih dan hanya mengalami sedikit calar.

“Ibunya berasal dari Kuala Kubu Bharu. Sampai je nampak saya tadi menangis katanya hari-hari anaknya Aisyah nak jumpa ustaz. Keluarganya susah.

“Di rumah tiada perabot, TV atau barangan elektrik. Ibunya keluar 10 minit beli barang tergesa-gesa balik dan lihat sudah jadi begitu (terbakar). Ya ALLAH sedihnya mendengar.

“Saya lihat wajah anak-anak ini comel dan bersih. Tidak terbakar, Ada calar sikit-sikit. Mereka dijumpai di bilik air mungkin lemas asap dan haba panas.

“Ya ALLAH ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini. Terima kasih Majlis Agama Islam Johor dan Hospital Muar menguruskan keluarga ini. Moga ALLAH membalasnya semuanya,” titip Ebit.

Warganet sayu melihat foto keempat-empat wildan syurga itu dan mendoakan semoga ibu bapa mereka kuat menghadapi kehilangan ini.

– “Allahuakbar comel sungguh semuaa penghuni syurga ini. Tariklah tangan ibu ayahmu nanti wahai anak. Mereka sedang diujii sekarang dengan kehilangan kamu.”

– “MasyaAllah comelnya anak-anak syurga ini.Salam takziah kepada keluarganya.”

– “Anak anak syurga pilihan ALLAH.”

– “Allahuakbar sebak,comel semuanya.”

– “Terbayang si kakak cuba melindungi adik-adiknya daripada kebakaran sedangkan dia sendri pun tak mampu, Allahuakhbar!”

– “Tidak layak untuk saya mengatakan sabar kepada pasangan terbabit.Hanya ALLAH yang mengetahui apa mereka rasa. Moga ALLAH beri kekuatan jiwa dan spiritual kepada mereka.”

– “Allahuakbar tidak terucap dengan kata-kata melihat ujian yang menimpa keluarga ini.”

Baca juga: Tragedi hitam 2 beradik maut kebakaran, ibu kongsi kronologi sebenar, rupanya banyak statement bercanggah

Iklan

Baca juga: Jasad sempurna, sempat tunai umrah, bapa dedah amalan anak. Berikut kisah Nurul Nazihah yang meruntun hati rakyat Malaysia

JIRAN TIDAK TAHU EMPAT BERADIK ADA DALAM RUMAH

Menurut salah seorang tetangga keluarga itu, Limat Sawal, jiran-jiran tidak menyedari kehadiran mangsa di dalam rumah semasa kebakaran.

“Sesudah berbuka puasa api sudah marak. Jadi jiran-jiran keluar dan cuba memadamkan api.

“Anak buah saya cuba panggil. Biasanya ada empat orang anak mereka (pasangan itu) bermain di luar (rumah). Kami bimbang jika anak-anak ini di dalam rumah dan doakan mudah-mudahan tak ada kerana selalunya ada sebuah kereta Kancil yang datang membawa anak-anak mereka keluar jalan-jalan. Mungkin kawan mereka,” katanya.

Dalam situasi cemas, menurut Limat salah seorang anak buahnya telah cuba mendapatkan Nabila.

Iklan

“Apabila kejadian berlaku salah seorang anak buah pergi jemput emaknya di bazar Ramadan.

“Apabila sampai di kawasan (rumah), maknya kata ada empat orang anak di dalam rumah. Jadi bagaimana kita nak selamatkan ?

“Sebelum itu semasa kami round belakang rumah dan panggil memang tak ada suara jeritan,” katanya dalam sebak.

Salam takziah buat keluarga empat anak syurga ini. Al-Fatihah.

Baca juga: 10 tip hadapi kebakaran, asap tebal boleh membunuh

Sumber: Sinar Harian, Ebit Lew

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi