LAHIR tanpa kedua-dua belah tangan, wanita istimewa bernama Norfarrah Syahirah Shaari pernah viral kerana kemahirannya memandu kereta menggunakan kaki sahaja.

Kekurangan tersebut bagaimanapun tidak membuatkan beliau berputus asa.

Bahkan, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak itu mampu berdikari dan melakukan rutin harian tanpa bergantung kepada orang lain.

Gambar sumber internet

Semangat juang wanita hebat yang mesra disapa Farrah itu membuatkan ramai yang jatuh kagum dengannya.

Disebabkan itu, beliau sering diundang memberi ceramah motivasi baik di sekolah mahupun oleh syarikat korporat.

Terbaharu, wanita berusia 24 tahun tersebut berkongsi detik bahagia apabila selamat bergelar tunangan orang.

Perkongsian Farrah dimuat naik menerusi laman Instagram dan Facebook miliknya.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Beberapa keping gambar memperlihatkan beliau bersama tunangnya yang dikenali sebagai Zul mengenakan pakaian sedondon rona hijau lembut.

Menerusi kapsyennya, beliau meluahkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan bakal melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi.

“Alhamdulillah.. selesai majlis pertunangan,” demikian tulis Farrah ringkas.

Lebih menarik perhatian ramai apabila bakal ibu mertuanya dilihat memakaikan gelang kaki kepada Farah sebagai simbolik menandakan beliau sudah diikat sebagai tunangan orang.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah.

Baca lagi Jodoh luar biasa, dulu ‘crush’ kini bergelar suami. Haziq selesa galas tanggungjawab ‘bapa segera’!

Jelas terpancar sinar bahagia Farrah menerusi senyuman yang terukir pada wajahnya.

Untuk rekod, Farrah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga, namun jodoh tersebut tidak berkekalan.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan berharap semoga semuanya berjalan lancar.

Berikut beberapa komen yang dikongsikan menerusi Facebook Farrah:

Iklan

“Tahniah. ALLAH datangkan jodoh terbaik. Mungkin DIA nampak disebalik kekurangan itu banyak kelebihan lain yang ada pada kamu. Semoga bahagia kekal hingga ke jannah.”

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga jodoh ini yang terbaik buat kamu dan dapat menerima kekurangan diri.” Moga dipermudahkan urusan selepas ini.”

“Untuk encik tunang awak, tolong jaga baik-baik. Semoga dapat melengkapi sebaiknya.”

“ALLAH hadirkan insan yang terbaik buat kamu. Semoga ke jenjang pelamin dan bahagia hingga ke jannah.”

Iklan

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga dipermudahkan urusan kalian menuju hari bahagia kelak.”

“Alhamdulillah kelebihan Farrah, ALLAH hadirkan insan yang boleh menjaga kamu. Syukur.”

Sumber:Facebook Norfarrah Syahirah Shaari 

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi