Wanita mahu jual buah pinggang rupanya sedang hamil, Menteri Agama bantu keluar daripada kesempitan hidup

Wanita mahu jual buah pinggang rupanya sedang hamil, Menteri Agama bantu keluar daripada kesempitan hidup
Wanita mahu jual buah pinggang rupanya sedang hamil, Menteri Agama bantu keluar daripada kesempitan hidup
A
A
A

SEBUT pasal hutang, semua orang mempunyai alasan dan cabaran kewangan tersendiri serta berbeza-beza.

Namun apabila seseorang itu tidak mampu lagi untuk membayar hutang yang ada, pasti sanggup lakukan apa sahaja demi untuk melangsaikannya.

Seperti satu perkongsian pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya beberapa hari lalu tentang seorang individu yang mahu menjual buah pinggang.

Perkongsian sekeping foto yang tidak bernama itu hanya menunjukkan individu tersebut memohon sekiranya ada kenalan atau pesakit memerlukan buah pinggang, dia ingin menjual buah pinggangnya sendiri kerana atas desakan hidup dan hutang.

Perkongsian di Instagram milik Fedtri itu menjadi perhatian warga maya rata- rata merasa kasihan kepada individu itu yang sanggup berbuat demikian.

Ada yang mengatakan kemungkinan individu itu tersebut telah dibuang kerja akibat pandemik Covid-19 atau mungkin sesuatu kejadian buruk telah menimpanya.

Kata mereka;

anielayyinah - Kesian kadang hutang sebab kena benti kerja... Rumah kereta semua tk boleh bayar. Ya Allah permudahkan urusan mereka yang diberhentikan kerja. Moga ada rezeki buat mereka.

chek_maz - Walau atas desakan hidup, masih belum terfikir nak buat macam ni... Dugaan hamba Allah berbeza... Insya Allah semoga ade rezeki yang melimpah ruah untuk semua.

che_yah79 - Mungkin dia dah habis ikhtiar dan ini jalan terakhir. Yang berkemampuan bantulah. Yang tak berkemampuan sedekah dengan doa. Kadang RM1 boleh jadi tiket untuk saham akhirat. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, alhamdulillah, hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi respons terhadap individu berkenaan.

Kata beliau, realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai.

"Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup.

"Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah menghubungi dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau.

"Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau. Tahniah atas usaha proaktif PPZ MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor," tulisnya di laman Instagram miliknya hari ini.

Artikel berkaitan: Bukan setakat kisah pakcik ini bikin warganet sebak , ‘benda’ rare pun jadi perhatian

Selain itu, Dr Zulkifli turut berpesan jika sesiapa ada mendapat info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, beliau sarankan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA. Boleh muat turun di Play Store bagi pengguna Android.

Beliau turut berterima kasih @fedtriyahya atas sebaran.

"Insya-Allah kita sama-sama bantu," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca