TERPAHAT sejarah! Seorang wanita Malaysia dari Kedah melakar sejarah apabila menjadi wanita termuda dilantik sebagai datuk bandar Eastvale di California, Amerika Syarikat (AS).

Jocelyn Yow yang berusia 25 tahun diumum pada mesyuarat dewan bandar Khamis lalu.

Katanya dalam satu kenyataan, beliau berasa sangat bersyukur diberi peluang sebegitu.

“Saya merasa terhormat dan bersyukur atas peluang untuk berkhidmat sebagai datuk bandar Eastvale.

“Menjadi ibu baru kepada bayi berusia enam bulan meningkatkan lagi semangat saya untuk melayani masyarakat.

“Kerajaan tempatan membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupan seharian kami dan di sinilah kita dapat melihat demokrasi.

Wanita Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar termuda dalam sejarah California

“Saya akan berkhidmat sebagai datuk bandar demi memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak saya dan generasi penduduk Eastvale yang akan datang.

“Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga.

“Walaupun saya akan menjadi wanita termuda di samping menjaga bayi yang baru dilahirkan, saya akan membahagikan masa yang terbaik bertugas sebagai datuk bandar di California, saya juga berharap lebih banyak wanita dan ibu muda akan mengikutinya,” katanya.

Difahamkan, bapanya warganegara Malaysia dan ibunya, Vietnam berpindah ke Amerika Syarikat pada 1990-an dan Yow akui berbangga menjadi orang Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika.

Iklan

Baca juga Tidak sabar nak dapat kaki baharu berkat doa hari-hari, permintaan si kecil ini buat netizan sayu hati

Bapanya ke Amerika pada tahun 1980-an kerana melanjutkan pelajaran.

Yow juga dilaporkan pernah belajar di Sekolah Keat Hwa di Alor Setar, Kedah.

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga berpindah pulang ke tanah air pada 1996 kerana datuk kepada bapanya didiagnos menghidap barah.

Iklan

Yow turut memanfaatkan masa 10 tahun di sini dengan belajar lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan budaya keluarga.

Sebelum ini, Yow adalah lulusan Norco College dan UC Berkeley. Beliau juga pernah bertugas sebagai pembantu Dewan Perwakilan AS dan juga menjadi wakil daerah di Senat California.