Warganet teruja, lelaki ini dedah cara pesan penghantaran ayam KFC saiz besar

Warganet teruja, lelaki ini dedah cara pesan penghantaran ayam KFC saiz besar
Warganet teruja, lelaki ini dedah cara pesan penghantaran ayam KFC saiz besar
A
A
A

SEWAKTU perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, membuat tempahan melalui aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan nampaknya jalan terbaik bagi mereka yang tidak sempat masak.

Mana tidaknya, ibu bapa perlu bekerja dari rumah dan anak-anak pula menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jadi pesan sahaja! Dalam 30 minit makanan akan sampai di muka pintu rumah korang.

Ia amat memudahkan orang ramai untuk membeli makanan malah turut dapat mengurangkan risiko wabak Covid-19 yang melanda.

Namun, kita sebagai pelanggan kadang-kadang merasa tidak puas hati dengan makanan yang dihantar.

Oleh itu, seorang pengguna Twitter @dimbadip tampil menunjukkan cara membuat pesanan ayam Kentucky Fried Chicken (KFC).

Menurutnya, dia menulis di bahagian 'Special Intruction' untuk mendapatkan ayam yang bersaiz besar.

Katanya, dia menulis "Ayam nak besar. Takde takpe, tapi Allah tahu kalau awak tipu", katanya.

Rupa-rupanya itu kaedah digunakan lelaki berkenaan untuk mendapatkan bahagian ayam yang besar.

Dan ternyata ia sangat berkesan kerana ayam KFC yang dipesan adalah bersaiz besar seperti yang diminta.

Baca juga 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 200 tab, Ustaz Ebit hantar bantuan ke Sabah

Melihat foto yang dikongsi, rata-rata warganet dan pengikutnya teruja dan turut mahu lakukan perkara yang sama.

eryn - Wahh bolehlah guna teknik ni lepasni.

pawanjamal - Bijak bro... yela memang patut buat macam tu, diorang beli ayam by kilogram tapi kita beli harga dia kira seketul-seketul.

af- Kenyang betul kalau dapat besar macamtu.

Christt - Wehh aku pon selalu buat camni. Memang dorang bagi ayam besar-besar.

Senja - Hmmm tips yang menarik!

Bolehlah korang pula mencuba kat tempat korang, agak-agak dapat tak ya?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca