Wartawan pulang dari PRN Sabah positif Covid-19, ramai lagi senasib rupanya

A
A
A

BERMACAM dugaan dan cabaran diharungi oleh wartawan untuk mendapatkan bahan berita. Walaupun keselamatan diri menjadi keutamaan namun kadang kala, ia berlaku di luar dugaan.

Sebagai contoh, seperti apa yang dihadapi wartawan sebuah akhbar tempatan, Azrul Affandi Sobry apabila dia kini dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang membuat liputan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Azrul dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langat mengenai keputusan ujian saringan Covid-19 pada jam 7 malam Ahad, sebelum dibawa ke wad Isolasi di Sungai Buloh pada jam 11.30 malam tadi.

Wartawan pulang dari PRN Sabah positif Covid-19, ramai lagi senasib rupanya

Azrul sempat berkongsi keadaan semasa dirinya dan pengalaman ketika mendapat rawatan. Semua ini ditulis di laman Facebook miliknya.

“Baru beberapa jam dalam wad ini, banyak sekali kisah menarik rakan senasib, mangsa tentera Covid yang dapat aku kutip.

“Ramai juga sebenarnya senasib denganku yang mana dijangkiti Covid-19 ketika berada di Sabah. Boleh dikatakan, daripada lima kes yang aku dengar, empat dari Sabah.

“Paling sadis, ada yang tidak sedar mereka dijangkiti, sudah masuk kerja sebab swab test negatif tapi tiba-tiba bergejala dan selepas saringan semula, positif pula.

“Tuan badan bercerita dengan sedikit kecewa kerana dia risau apa pula nasib rakan sekerja. Tapi bukan salah dia. Keputusan awal memang negatif,” tulisnya.

Tambah Azrul lagi, ada pula yang hanya sehari di Sabah, cover event Menteri, dah dijangkiti.

“Kalau abang tak kena, tak aci sebab abang dekat sabah 20 hari. Saya ni sehari je di Sabah pun dah positif. Ketawa saja aku mendengarnya.

“Ada pula satu keluarga kena. Pulang dari bercuti di Sampoerna. Ada sebahagian ahli keluarga di wad lain kerana bergejala.

Wartawan pulang dari PRN Sabah positif Covid-19, ramai lagi senasib rupanya

“Apapun cerita mereka, aku respek dengan pesakit covid ni. Mereka memahami setiap masalah rakan dalam wad yang sama sebab mereka pernah laluinya. Antaranya, ramai yang tegur aku masa makan tadi.

“Sedap tak makanannya? Sure abang rasa tak sedap kan? Tapi untuk makluman abang, makanan di sini sangat sedap tapi abang tak rasa sebab awal-awal kena covid memang deria rasa abang akan hilang.

“Ya memang betul. Aku tak rasa apa-apa. Tawar dan payau. Tapi mereka kata, tunggu lagi tiga hari, aku akan rasa sedap sangat. Mungkin juga sebab aku tengok mereka makan dengan sangat berselera,” tulisnya lagi.

Menurut Azrul lagi, di wad Covid tak boleh sombong sebab inilah saja ‘keluarga sementara’ yang ada untuk sepanjang dua minggu.

Mereka tak terkurung. Masih boleh keluar tengok matahari sebab ada ruang kecil sebelah bilik air yang menjadi tempat ramai pesakit di sini lepaskan rindu buat videocall dengan keluarga.

Kami di SinarPlus mendoakan agar semoga urusan mereka dipermudahkan dan segera sembuh seperti sediakala dan kembali bertugas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca