"Wow... another level" - Dari trek lompat jauh ke Pentas KL Fashion Week 2021, Latif Romly curi tumpuan

02
02
A
A
A

WOW! Kemunculan terbaru atlet paralimpik Malaysia, Abdul Latif Romly yang mengejutkan peminat dan orang ramai.

Penyumbang pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini itu mencuri tumpuan apabila tampil di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW2021).

Menerusi perkongsian di laman Instagram, atlet paralimpik tersebut mengakui itu adalah penampilan pertamanya di pentas peragaan fesyen terkenal negara.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Untuk yang pertama kalinya... terima kasih untuk peluang yang diberikan," coretnya.

Dalam pada itu, jenama pakaian lokal terkenal Neonate Clothing Company juga turut memuat naik hantaran mengenai anak muda yang berusia 24 tahun ini.

"Dipakai oleh wira @latifromly, pemenang pingat emas olimpik Tokyo 2020.

"Kami memilih Latif untuk mengenakan jenama pakaian kami kerana kami ingin membuktikan bahawa perkara paling dalam setiap kejayaan adalah bukan sekadar trofi, tetapi perjalanan untuk menjadi yang terbaik tanpa mengira rintangan dan halangan yang harus ditempuh," katanya.

'Sportmanship world class' - Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan kemajuan yang dicapai oleh Abdul Latif.

Ujar mereka;

"Wow.. another mile stone... next international runway pulak!"

"Sesuai jadi model, U speaking now bro..."

"Wow... another level. Good job Latif!"

"Fuhhh satu platform baru. Tapi sukan mesti di dahulukan, fashion show lain kali kan."

"Sesuaila ang Latif. Dulu-dulu masa ang mai Penang dok sebelah meja aku, aku ingtakan model mana. Sekali lama-lama baru teringat ang atlet."

Abdul Latif pernah menjadi tumpuan ramai apabila melalui episod dramatik mengalami kecederaan dipercayai salah mendarat ketika temasya Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Baca juga 'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang

Beliau menutup tirai Sukan Paralimpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.

Anak jati Perlis itu juga turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial dengan perubahan wajahnya yang jauh lebih matang berbanding ketika Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada tahun 2016.

Apapun semoga maju jaya dalam apa yang diceburi Abdul Latif!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca