"Ya Allah permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar"

"Ya Allah permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor setar"
"Ya Allah permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor setar"
A
A
A

"SYUKUR selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang, 200 tilam, 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji dan face shield 2000 keping serta barang-barang makanan dan barang asas.

Begitulah perkongsian penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew yang merasa syukur dan lega

setelah bergegas belikan barang dan uruskan lori untuk penghantaran ke Penjara HQ dan Penjara

Pokok Sena di Kedah, semalam.

Menurutnya, beliau bertindak sedemikian kerana sangat sayu sejurus menerima surat dari dua

penjara itu yang memohon bantuan untuk warga penjara yang sedang dikuarantin di sana.

Artikel berkaitan: Jangan kedekut ilmu, menjadi kewajipan kita untuk sebarkannya… Ini sebabnya

Doa beliau, semoga lori bantuan selamat sampai walaupun Ustaz Ebit tidak dapat ke sana.

"Kita semua sebuah keluarga. Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah.

"Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan," doanya.

Tindakan Ustaz Ebit tersebut dihujani pujian warganet yang turut bersimpati dengan situasi

yang dihadapi mereka.

Ujar mereka;

Alhamdulillah... semoga rezeki Ustaz Ebit Lew terus melimpah dan sentiasa dlindungi dari

sebarang musibah dan dapat meneruskan aktiviti amal beliau. Amin.

Semoga rezeki ustaz sentiasa melimpah ruah... Semoga ALLAH jauhkan cepat-cepat apa yang terjadi dalam Penjara Alor Setar dan Penjara Pokok Sena... dan permudahkan segala urusan paramedic yang sedang berjuang dalam penjara tu.

Alhamdulillah.. Mari lah kita membantu kalau tak mampu pun mari kita berdoa untuk semua saudara kita.. Terima kasih ustaz.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik dan ditambah lagi rezeki Ustaz Ebit Lew untuk terus berjuang membantu mereka yang memerlukan.

YA ALLAH.. kau permudahkan segala urusan UEL. Amiin. Teringin nak wat sumbangan seperti UEL.. Tunggu ada rezeki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca