Zakat perniagaan RM10,000, raih jualan RM400,000 dalam 4 bulan, pelajar Tingkatan 2 pembayar zakat termuda Kelantan
HEBATNYA! Sedang pelajar lain masih perlu dibiaya keluarga, pelajar Tingkatan 2 dari Pasir Mas, Kelantan ini mampu membayar zakat perniagaan hasil daripada titik peluhnya sendiri.
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas menjadi perhatian selepas tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) baru-baru ini.
Berikut info menginspirasikan daripada gadis ini:
1-Segalanya bermula selepas jualan produk pengganti pemakanan jualannya mencecah jualan sebanyak RM400,000 dalam masa empat bulan sejak diperkenalkan pada September 2022.
2-Melihat kepada nilai jualan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya atau lebih mesra disapa Piya dinasihatkan oleh ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayah, Mustaman Che Yusof agar menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat.
3-Ujarnya, tanpa berlengah dia terus berbuat demikian dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.
4-MAIK dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya adalah pembayar zakat termuda di Kelantan dan berharap sikap positif remaja itu akan menjadi inspirasi kepada semua.
Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai
"Piya nak bayar zakat. Ia adalah ajaran daripada nenek. Beliau selalu berpesan bahawa kita perlu mendahulukan zakat."Kemudian saya berharap agar perniagaan saya akan lebih maju," katanya.
Baca juga: Peroleh RM2.6 juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN
Kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan adalah berdasarkan kepada nas-nas daripada al-Quran dan al-sunnah. Firman ALLAH SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan ALLAH) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
(Surah al-Baqarah: 267)
Berikut adalah syarat wajib zakat perniagaan perlu anda tahu:
1-Muslim
Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
2-Sempurna milik
Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
3-Cukup nisab
Paras minimum yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
4-Cukup haul
Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
5-Niat berniaga
Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
6-Barang perniagaan dan perkhidmatan halal
Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.
Baca juga: Zakat perniagaan tetap kena bayar walaupun bisnes rugi. Ini penjelasannya…
Sumber: MAIK, Sinar Harian, PPZ
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang