2,600 likes, Almond Cluster kuih raya 2 bahan, tak ada oven pun boleh buat, simple & laku keras!

KURANG dua minggu umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebut sahaja hari raya, mesti terbayang di fikiran pelbagai sajian yang terhidang di meja makan. Salah satunya kemestian ialah biskut raya.

Mungkin ramai kita memilih untuk beli sahaja biskut raya kerana kekangan masa dan ketiadaan ketuhar pembakar atau oven.

Kepada anda yang tidak memiliki oven, ayuh buat kudapan raya dinamakan Almond Cluster ini. Dengan hanya dua bahan, ia tak perlu dibakar mahupun diadun beriya. Bahannya pun hanya dia, sempoi tapi sedap!

Baca juga: 35,000 share, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip paling mudah, gerenti licin balang

Perkongsian resipi daripada peniaga biskut raya, Muhamad Fadzul Ilahi Azhar ini bolehlah dicuba.

“Dalam tak planning, last minit dan tak pernah buat jualan utk raya maka terjadi lah Almond Cluster. Tak jangka, Alhamdullilah rezeki. Bahannya dua je. Nampak senang tapi Subhanallah sakit belakang jangan cakap la,” kongsinya.

Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Jadi jom kita ikuti cara penyediaan dan bahan-bahan yang diperlukan:

Almond Cluster

Bahan-bahan
1 kg almond strip [BELI DI SINI]
1 kg Beryl’s Milk Chocolate Coin [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Sangai atau bakar badam hingga keperang-perangan.

2-Coklat pula dicairkan dengan kaedah double-boil atau menggunakan microwave.

3-Sejukkan kedua-dua bahan dan kemudian satukan di dalam satu mangkuk.

Iklan

4-Sudukan ke dalam cup atau ke atas parchment paper.

5-Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit.

6-Keluarkan dan susun di dalam bekas kedap udara. Siapp!

Iklan

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.