3 aplikasi penting dalam bidang kedoktoran untuk frontliner

A
A
A

PROSES pembelajaran para pelajar dalam bidang kedoktoran pada era ini nampaknya semakin mudah dengan kehadiran beberapa aplikasi menerusi telefon pintar.

Berikut adalah 3 rekomendasi aplikasi pilihan AppGrooves yang merupakan portal yang mengumpul, mengkaji dan mencadangkan aplikasi telefon pintar yang terbaik di pasaran:

app doktor

  1. Medscape

-Lazimnya digunakan oleh pelajar perubatan, ahli fizik, jururawat dan pegawai profesional dalam bidang kesihatan untuk mendapatkan informasi kesihatan.

-Menawarkan rujukan penyakit berdasarkan bukti, sumber berita, pendidikan perubatan yang sentiasa dikemas kini. Pasukan bebas yang terdiri daripada 7,700 doktor dan ahli farmasi yang mengkaji setiap kandungan menerusi aplikasi ini membolehkan pelayar mendapat maklumat terkini.

app doktor

  1. Prognosis

-Aplikasi berkenaan direka khas untuk doktor pelatih, pelajar perubatan, kejururawatan profesional dan pengamal penjagaan kesihatan lain yang berkeinginan untuk menjadi pembuat keputusan bertaraf dunia.

Artikel berkaitan: 6 cara jimat bil elektrik jika guna aircond di rumah

-Dengan Prognosis, mereka dapat meningkatkan kemampuan anda untuk mendiagnosis dan menguruskan segera gambaran klinikal utama yang berkaitan dengan penyakit, mempunyai akses kepada fakta yang relevan dan penjelasan ringkas di sebalik alasan diagnostik dan pengurusan.

app doktor

  1. Medical Terminology Dictionary (MedTerms)

-Kamus perubatan MedTerms menyediakan akses cepat untuk para pengguna mengetahui definisi perubatan yang sukar dieja dan sering salah eja melalui senarai abjad yang luas.

-Ia juga mengandungi lebih daripada 180,000 istilah perubatan, lebih daripada 50,000 sebutan audio dan 12,000 gambar. Kesemua daripada sumber yang berwibawa seperti McGraw-Hill, Houghton Mifflin, Gale dan Elsevier.

PENULIS: MAZLINA ABDUL MAJID

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca