DEMI untuk penampilan segar dan menawan, kaum wanita kini amat menitik berat solekan bahagian kening.

Dahulu mungkin ramai tidak berapa ambik perhatian, sekarang dengan pelbagai info dan tutorial, kebanyakkan wanita sudah berani membentuk sendiri kening tanpa mencukur pun.

Lupakan cara solekan lain kerana kening adalah merupakan bahagian wajah yang paling rumit untuk dipelajari.

Mari Sinar Plus tunjukkan cara paling mudah untuk ukir kening agar kelihatan perfect.

Langkah 1

Pastikan anda miliki peralatan yang lengkap seperti celak kening dan juga maskara kening. Gunakan concealer cerah bagi anda yang tidak mahu untuk cukur kening.

Langkah 2

Lukis bahagian bawah kening dengan dengan satu garisan lurus. Pastikan di bahagian hujung kening dilukis dengan jelas.

5 teknik ukir kening sempurna tanpa cukur... paling mudah dan cepat

Langkah 3

Lukis bahagian atas pula dengan satu garisan lurus dan dilukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.

Langkah 4

Ratakan warna kening dengan oles-kan maskara kening. Dinasihatkan agar anda menggunakan tona yang sedikit cerah bagi memastikan kening anda natural

Iklan

Artikel berkaitan: Jinks trend fesyen funky, ranggi untuk anak muda

Langkah 5

Kemaskan bawah kening dan penjuru kening dengan menggunakan concealer bagi menutup celaan solekan anda.

Iklan

Ok siap! Semoga bermanfaat.

Sumber dan foto: beautyzone