6 tip berhenti berfikir berlebihan

overthinking
overthinking
A
A
A

Oleh AZIMAH GHAZALI

Foto UNSPLASH.COM

TIADA siapa yang tidak khuatir dengan masa depan diri. Pastinya semua orang mahu berjaya, cemerlang, sihat dan serba serbi sempurna dalam hidup.

Ada juga golongan yang asyik menyalahkan diri atas kesilapan yang dibuat hari ini atau hari-hari sebelumnya. Tidak kurang yang fikirannya diselubungi perkara-perkara yang menyedihkan sehingga membelenggu fikiran.

Walaupun ada yang cuba mengatasi perkara negatif yang difikirkan, pada masa sama, memikirkan tentang sesuatu perkara secara berterusan pada sesetengah orang sememangnya tidak boleh dielakkan.

Hakikatnya, bermonolog 'secara dalaman', ramalan masa depan atau berfikir secara berlebihan boleh mempengaruhi corak pemikiran. Ia boleh mencetuskan 'kerosakan' yang mendatangkan kebimbangan melampau hingga menjejaskan kehidupan.

BERFIKIR secara berlebihan boleh mengganggu fikiran.

Hakikatnya, permasalahan hidup memang tidak akan berkesudahan. Dalam Islam sendiri telah menyebut, hidup ini penuh dengan ujian. Manusia akan sentiasa diuji dan 'markahnya' akan menentukan tempat seseorang 'di sana' nanti.

Apa agaknya fikiran berlebihan itu?

Mengikut pekerja sosial klinikal yang juga psikoterapi Amerika Syarikat, Amy Morin, terdapat beberapa simptom berkaitan yang dikongsikan dalam laman blog, psychologytoday.com.

Berikut antara contoh pemikiran secara berlebihan oleh kebanyakan orang yang dikongsikan oleh penulis Wall Street Journal dan pengarang bestseller 13 Things Mentally Strong People Don’t Do itu:

"Saya tidak sepatutnya bercakap dalam mesyuarat hari ini. Semua orang memandang saya seperti saya bodoh."

"Ibu bapa saya selalu berkata saya menyumbang apa-apa. Dan mereka betul"

Bimbang melibatkan ramalan buruk-sering mengenai masa depan:

"Saya akan memalukan diri saya esok apabila saya memberikan persembahan itu. Tangan saya akan menggigil, wajah saya akan menjadi merah, dan semua orang akan melihat kekurangan saya."

"Saya tidak akan dinaikkan pangkat. Tidak kira apa yang saya lakukan. Ia tidak akan berlaku."

"Pasangan saya akan mencari seseorang yang lebih baik daripada saya. Saya akan bercerai dan bersendirian."

Kadang-kadang, golongan berfikir berlebihan ini juga membayangkan imej buruk.

Menurut Amy, mereka mungkin membayangkan kereta dinaiki di jalan raya bakal terbalik dan sebagainya. Kadangkala apa yang dibayangkan peristiwa yang menyedihkan misalnya, akibat kemalangan kereta seperti yang dilihat dalam filem.

Bagaimana Untuk Berhenti Berfikir Secara Berlebihan?

Menamatkan tekaan dan ramalan bencana lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Bagaimanapun, menurut Amy, dengan amalan yang konsisten, anda boleh mengehadkan corak pemikiran negatif anda:

1. Tanyakan Pada Diri

Kesedaran adalah langkah pertama dalam mengakhiri perbuatan berlebihan memikirkan sesuatu perkara atau overthinking. Mula berikan perhatian kepada cara anda berfikir.

Apabila anda menyedari diri anda memainkan semula peristiwa-peristiwa dalam minda anda berulang-ulang, atau bimbang tentang perkara-perkara yang anda tidak dapat mengawalnya, ketahuilah bahawa pemikiran anda tidak produktif. Tanyakan pada diri, adakah anda berfikir sedemikian?

2. Mencabar Fikiran

Sebelum membuat kesimpulan fikiran berlebihan seperti 'anda akan dipecat hingga menjadi gelandangan', dan sebagainya sedarilah bahawa anda sedang membesar-besarkan sesuatu yang negatif.

Cabarlah fikiran dan belajarlah untuk mengenali dan menggantikan kesilapan berfikir, sebelum ia membuat anda benar-benar tidak keruan.

3. Fokus Pada Penyelesaian Masalah

Menumpukan pada masalah tidak akan membantu, tetapi yang penting mencari penyelesaian. Tanya diri sendiri langkah-langkah yang boleh anda ambil dan belajar daripada kesilapan supaya ia dapat dielakkan pada masa depan.

Daripada bertanya mengapa sesuatu berlaku, tanyakan kepada diri sendiri apa yang boleh anda lakukan.

FIKIRKAN langkah-langkah penyelesaian masalah yang fokus pada masa sekarang.

4. Masa Untuk Refleksi

Hanya berfikir masalah masa depan yang panjang adalah tidak produktif. Namun begitu, 'pantulan' fikiran secara ringkas dapat membantu.

Gabungkan 20 minit "masa berfikir" ke dalam jadual harian anda. Pada masa ini, biarkan diri anda bimbang, mengomel, atau memikirkan apa sahaja yang anda mahukan.

Kemudian, apabila tiba masanya, bergerak ke sesuatu yang lebih produktif. Apabila anda mendapati diri anda mengabaikan perkara-perkara di luar masa yang dijadualkan anda, ingatkan diri untuk memikirkannya kemudian sahaja pada masa ditetapkan.

5. Tingkatkan Kesedaran Kendiri

Tidak mustahil untuk mengulangi kesilapan hari ini, atau terlalu risau tentang esok.

Apa yang penting, bertekad lebih menyedari tentang apa perlu anda lakukan 'di sini' dan 'sekarang'. Kesedaran kendiri itu dapat mengurangkan diri terlalu berfikir yang tidak-tidak.

Menjadikannya amalan dapat membantu diri anda berfikir keperluan diri pada masa yang sepatutnya.

6. Tukar 'Saluran'

Beritahu diri anda untuk berhenti berfikir tentang sesuatu yang boleh menjadi 'penyakit'. Lazimnya, semakin anda cuba mengelakkan pemikiran itu daripada memasuki otak anda, semakin besar kemungkinannya untuk terus muncul.

Beraktiviti adalah cara terbaik untuk menukar 'saluran' pemikiran. Lakukanlah aktiviti seperti senaman, melibatkan diri dalam perbualan pada subjek yang sama sekali berbeza atau lakukan projek yang akan mengalihkan perhatian anda daripada pemikiran negatif.

MELAKUKAN aktiviti senaman boleh membantu mengalihkan masalah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca