7 idea bento dicadangkan Alce Nero untuk mak ayah sediakan untuk bekal anak kecil ke sekolah
SESI persekolahan yang sudah bermula dan jatuh pada bulan Ramadan menyaksikan ibu bapa yang memiliki anak kecil yang diletakkan di pusat jagaan, tadika mahupun di tahun satu yang masih belum berupaya berpuasa membuatkan mereka tertanya-tanya apa yang akan mereka makan di sekolah nanti, bukan?
Memahami situasi itu, Alce Nero peneraju makanan organik termasuk pasta, sos pasta, madu, jem, minyak zaitun cuka epal cider, bersedia membantu ibu bapa dengan berkongsi tujuh tip ringkas untuk memudahkan penyediaan kotak bento kembali ke sekolah.
Antaranya, Pasta Organik Kanak-Kanak Alce Nero yang lazat. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan rasa semula jadi daripada tomato dan sayur bayam, sekali gus menyelitkan manfaat sayur-sayuran dan serat.
Untuk pengetahuan semua, pasta itu diperbuat menggunakan gandum durum yang ditanam secara organik. Jadi, tidak hairanlah bahawa Pasta Kanak-Kanak Alce Nero Berbentuk Alatan Sukan menerima Rating 5 Bintang iaitu penarafan tertinggi di Motherhood Malaysia .
Pasta Organik Alce Nero tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau tiruan seperti gula. Pasta yang dihasilkan di Itali ini mempunyai kandungan garam dan lemak yang rendah, kaya dengan protein dan sumber baik untuk pengambilan serat harian.
Berikut adalah tip menarik yang boleh dijadikan panduan:
1. Mulakan dengan asas yang kanak-kanak suka
-Pasta boleh disediakan dengan pelbagai cara untuk memenuhi cita rasa mereka. Cara savuri, manis, pedas malah gorengan kering (air-fried) sebagai snek kotak bento yang sihat!
2. Persediaan awal, gunakan lebihan makanan
-Masak makan malam dalam kuantiti yang lebih banyak agar cukup untuk dijadikan pek makan tengah hari keesokannya.
-Pasta Organik Alce Nero adalah pilihan bijak kerana ia mudah disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula.
-Isikan kotak Bento sebelum menyajikan makan malam, kemudian simpan di dalam sejuk.
-Pada waktu pagi, tambah sos pasta dan panaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro sebelum ditambah buah-buahan segar, lobak, timun atau batang saderi dan tomato ceri, kotak kecil kismis atau manisan lain dalam ruang berasingan.
3. Makanan yang menarik membangkitkan selera
-Pasta Organik Kanak-Kanak Alce Nero didatangkan dalam pelbagai bentuk huruf, kenderaan dan peralatan sukan yang menarik.
-Beri sentuhan peribadi kepada kotak bento anak anda dengan mengeja nama mereka menggunakan pasta huruf. Ia pasti menarik perhatian si kecil.
4. Jadikan ia satu hidangan berkuah
-Sediakan Pasta Organik Kanak-Kanak Alce Nero mengikut arahan persediaan dan pada masa yang sama, panaskan Sos Pasta Tomato Alce Nero di dalam kuali.
-Bergantung kepada toleransi anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambahkan ramuan yang mereka suka kemudian gaulkan dengan pasta. Parut sedikit keju bagi menambah keenakan hidangan ini. Satu lagi hidangan kotak Bento telah tersedia.
BACA JUGA: Tiada perisa tiruan, pewarna, jem Alce Nero pilihan terbaik. Ada perasa buah berangan dan beri lagi
5. Jadi lebih kreatif dengan makanan
-Anda pernah cuba membuat hidangan salad pencuci mulut? Masak satu bahagian Pasta Organik Fun Shapes Alce Nero, campurkan madu organik Alce Nero, kepingan badam, atau kekacang lain, kismis atau kranberi kering, jagung manis dan kepingan timun atau saderi.
-Kotak bento yang seimbang, berwarna-warni dan melazatkan ini sesuai untuk kanak-kanak yang tidak tahan pedas.
6. Kawal bahagian hidangan dan kotak bento dengan khasiat seimbang
-Kanak-kanak lebih gemar menikmati hidangan dalam sajian lebih kecil daripada golongan dewasa.
-Satu cara mudah untuk menyediakan hidangan kanak-kanak dengan pembahagian makanan yang seimbang adalah dengan menggunakan kotak Bbento kanak-kanak dan tidak memasukkan makanan secara berlebihan dalam setiap ruang kotak berkenaan.
7. Tingkatkan hidangan untuk seisi keluarga
-Dengan perbelanjaan menjamu selera di luar kian meningkat dan kebanyakan daripada kita telah kembali ke pejabat susulan pelaksanaan fasa endemik, kotak Bento organik untuk seisi keluarga adalah satu langkah yang bijak.
-Ia membantu setiap ahli keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat menerusi hidangan organik yang seimbang, menjimatkan dan tanpa perlu risau dari mana hidangan itu datang.
Ibu bapa di Malaysia boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan penuh yakin kerana ia telah menerima pengiktirafan Halal daripada badan-badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM.
Produk Alce Nero termasuk rangkaian Pasta Organik Kanak-Kanak Alce Nero boleh didapati di AEON, Ben’s Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan kedai rasmi Ayam Brand di Shopee (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore ) dan kedai rasmi Ayam Brand di Lazada.
Untuk maklumat lanjut termasuk resipi-resipi unik dan organik yang enak untuk dinikmati anda dan anak-anak, sila layari laman https://alcenero.asia/recipes.html.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang